Rabu, 26 Disember 2012

BALASAN...MELEWATKAN WAKTU SOLAT


BALASAN...MELEWATKAN WAKTU SOLAT

by Zun Nun Al Misri on Sunday, 31 October 2010 at 12:46
بسم الله الرحمن الرحيم
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.
Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Sebagai gambar hiasan pemudah cerita
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …
Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..
laman facebook:http://www.facebook.com/profile.php?id=1653352718#!/note.php?note_id=158405774195048&id=1690640107


p/s:

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Ketahuilah kalian, bahawa...sesunggunya Seseorang yang meninggalkan solat, mereka akan menanggung bala bukan saja di dunia, malah pada saat kematian, di alam kubur dan juga di akhirat. 

Bala diterima di dunia bagi mereka yang meninggalkan solat: 
• Allah akan menghilangkan berakah dari setiap rezeki diperoleh; 
• Allah mencabut cahaya orang salih daripada dirinya; 
• Dia akan dibenci oleh orang beriman. 

Bala ketika saat meninggal dunia: 
• Roh akan dicabut ketika dalam keadaan dahaga, walaupun sudah meminum air dari seluruh sungai; 
• Kesakitan luar biasa ketika rohnya dicabut; 
• Dia dikhuatirkan kehilangan iman. (na'uuzubillaahi min zalik)
Bala di dalam kubur: 
• Takut terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir; 
• Kubur menjadi gelap gelita, sempit sehingga tulang rusuknya bersatu; 

Bala di akhirat: 
• Hisab menjadi berat; 
• Dimurkai Allah SWT; 
• Diseksa Allah SWT dengan api neraka. 

Demikianlah bala yang menanti bagi mereka meninggalkan solat lima waktu. Marilah kita ber'amal untuk kehidupan kita selepas kematian, iaitu kehidupan yang abadan abada.

Khamis, 20 Disember 2012

Nasihat buat dirik dan sahabat...


Berkata Ali bin Abi Talib: “Akan datang suatu masa, Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuknya sahaja, al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut nama-nama Allah. Orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga dan semua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat." Manusia akhir zaman akan menghadapi pelbagai ujian sehingga apa yang berlaku amat tidak masuk akal seperti binatang manusia itu dikatakan menjadi begitu sesat. Jika dahulu Allah SWT menurunkan bala di atas keterlaluan manusia yang melanggar perintah-Nya maka sekarang manusia seolah-olah tidak sedar bahawa mereka sedang ditimpa bala. Pengajaran demi pengajaran tidak diambil endah. Semua ini berlaku disebabkan manusia tidak pernah merasa puas. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kepuasan nafsu. Ingatlah sesungguhnya kita dilahirkan dalam keadaan menangis, orang sekeliling tersenyum gembira. Beramallah agar kita mati dalam keadaan tersenyum, orang sekeliling menangis kerana peninggalan kita.
Petikan dari status rakan FB Fadlullah Abdul. 

Rabu, 12 Disember 2012

12 Disember 2012 (12.12.12)..Subhanallah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, segala pujian hanya layak bagi Allah s.w.t. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. , ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah baginda s.a.w. 
Syukur di atas segala kurniaanNya yang sik terkira banyaknya..Sesungguhnya segala apa yang ada di langit dan di bumi ini adalah hakmilik mutlak Allah s.w.t.
"Tiada Tuhan selain Allah s.w.t , Nabi Muhammad Pesuruh Allah s.w.t.

Hari tok 12hb Disember 2012 (12.12.12) bersamaan dengan 28 Muharram 1434H, dikatakan hari terakhir dalam pusingan hari, bulan dan tahun yang bejurut-jurut sama (sama no. tarikhnya). apa yang bakal berlaku hari tok bagi sesetengah orang dari kita, akan merupakan hari yang istimewa dari hari2 yang lain sebab urutan nombor tarikhnya yang unik..dan ada juak yang mungkin melalui hari tok dengan biasa2 jak seperti hari2 yang sebelumnya..
Bila ingat pasal masa, ada firman Allah s.w.t. berkenaan masa iaitu dalam surah al Ashr.
Surat Al 'Ashr terdiri atas 3 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah, diturunkan sesudah surat Alam Nasyrah. Dinamai Al 'Ashr (masa) diambil dari perkataan Al 'Ashr yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Pokok-pokok isinya:
Semua manusia berada dalam keadaan merugi apabila dia tidak mengisi waktunya dengan perbuatan-perbuatan baik. 


Mun dibaca dari maksud firman Allah s.w.t. dalam surah tok, semua manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang menyampey kebenaran dan tetap bersabar..wallah hua'lam.
Allah s.w.t. jelas memberik kita garis panduan dalam al-quran tetang masa. Tapi kita tok serba alpa dan leka, lemah dan pelupak akan banyak perkara dalam hidup yang jarang kita ambik perhatian. Moga lepas tok hidup kita akan lebih bait agik dari sebelumnya.
 


"Hidup tok indah..bersyukurlah selalu"

Hidup tok sebenarnya indah, mun kita jalankan dan laksanakan segala perntah Allah s.w.t., dan meninggalkan segala laranganNya. Kebahagian hidup yang kita carik dan amat kita perlukan sekarang tok..ada orang, bahagia dangan harta yang melimpah ruah, rumah besar, kereta besar, bini kacak, dan sebagainya..dan ada yang hidup nya daif tapi hatinya tenang, serba kurang tapi hidup bahagia. Subhanallah.

Banyakkan berdoa mohon kebahagiaan kepadaNya.


Apa juak yang berlaku hari tok, moga lebih bait dari sebelumnya. Semuanya dah dirancang Allah s.w.t. untuk kita semua. Taat segala perintahNya dan tinggalkan apa juak yang dilarangNya dangan penuh kesabaran dan sentiasalah bersyukur.

Wassalam.. :)






Rabu, 14 November 2012

Selamat tinggal 1433H Selamat Datang 1434H



Assalammualaikum sahabat semua & para pembaca blog ku..apa dipolah kitak org kinek tok?Ada terpikir sik tentang azam baru bagi tahun 1434hijrah yg bakal menjelang sik lamak gik tok?Mun sik da, samalah kita...sebab kita dh biasa sambut New Year dari Maal Hijrah..jahilnya kita tentang agama kita..sedihnya. So, bermula dari saat tok, kita berhijrahlah. Mun sebelum tok sik tauk or tauk dikit2, biar lepas tok kita tauk lebih banyak gik tentang hakikat sebenar kenak Allah cipta kita semua di dunia tok..dunia tok penjara bagi org yang beriman dan syurga bagi org kafir.

Start lah berazam yang terbait utk tahun hijrah 1434H yang bakal menjelang tok..mulakan dengan "Doa akhir Tahun (lepas Asar sebelum menjelang Maghrib), mohon keberkatan dan keampunan daripada Allah s.w.t. bagi tahun 1433H dan Mohon doa dgn "Doa Awal Tahun ( lepas Maghrib)", permulaan bagi awal tahun yg lebih baik dari sebelumnya..kacaknya Islam, akhir dan mula dgn doa..subhanallah.

                       

Tema Sambutan Maal Hijrah 1434H/2012M tok adalah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Bakal disambut esok di bangunan PICC, Putrajaya, tempat yg kira bersejarah bagi aku.



Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hirah Tahun 1434H/2012M

ULASAN TEMA: “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”
 
1.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.
 
2.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.
 
3.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” bukan pula bermaksud sama rata, tetapi adalah pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.  Ia juga bukanlah  duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan ajaran Islam.
 
4.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”juga  memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.
 
5.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan keberhasilan negara.
 
 
6.         Allah SWT telah menggariskan satu panduan dalam kita menyelesaikan sesuatu perselisihan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau negara sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:
 
 
Maksudnya:Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
 
7.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  adalah mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW yang menjadikan pola kehidupan masyarakat Madinah sebagai contoh terbaik sebagai masyarakat madani. Malah hasil daripada sikap kesederhanaan inilah telah membuka hati ramai penduduk Arab di seluruh Semenanjung Arab memeluk Islam dan membentuk satu ummah.  Kebijaksanaan inilah yang amat diharapkan akan terus wujud dalam rakyat Malaysia yang akan menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi Negara Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.
 
 
 
 
 
 
Masa 
Atur Cara
7.00 pagi    
: Ketibaan Kontinjen-kontinjen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
9.00 pagi  
: Ketibaan dif-dif jemputan 
9.20 pagi
: Ketibaan YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Noorainee binti Haji Abdul Rahman
9.25 pagi
: Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor
9.30 pagi
: Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah
: Lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Bacaan ayat-ayat suci al-Quran
9.45 pagi
: Ucapan alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri  merangkap  Pengerusi Jawatankuasa Induk  Majlis Sambutan    Maal Hijrah  Tahun 1434H/2012M
: Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
: Upacara Pengurniaan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434H/2012M
: Persembahan Khas Maal Hijrah
: Lagu Negaraku
11.30 pagi
: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke Bilik Santapan
: Santapan/Jamuan  ringan
: Seri Paduka Baginda  Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat pulang
: YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah  binti Mansor berlepas pulang
: YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahmanberlepas pulang
: Majlis bersurai




Sumber dari : http://www.islam.gov.my/majlis-perhimpunan-sambutan-maal-hirah-tahun-1434h2012m-0
 Perlunya perubahan dalam hidup..Hijrah sepertimana apa yang baginda Rasulullah s.a.w polah..mun sik, Islam sik berkembang sampey kinek tok..Besarnya pengorbanan Baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda..sik kan dapat dibalas oleh sesiapapun..sebab ya baginda Rasulullah s.a.w. ya contoh ikutan terbait buat kita semua..


ok lah buat takat tok..pastok sambung gik ok..set azam baru hijrah kita ok..mintak maaf sahabat semua mun ada salah tulis..kita sama-sama buatlah/polahlah yang terbait/terbaik buat tahun 1434Hijrah tok supaya lebih bait dari sebelum tok..insyaAllah. wassalam..


Rabu, 7 November 2012

Makna Surah Ad Dhuha




Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang.

[1] Demi waktu dhuha,

[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.

[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?

[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Ahad, 23 September 2012

Isnin, 13 Ogos 2012

Selamat hari lahir anakku..

Bismillah hirrahman nir rahim..
Alhamdulillah, segala puji hanya bagiNya, tuhan yang Satu yang selayknya di semabah..tiada Tuhan selainNya..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga dan para sahabat..
11 Ogos 2012 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1433H, Sabtu genap umur anak ku 4 tahun..cepatnya masa berlalu. makin besar anak ku & makin cerdit mulutnya..rindu naa aku ngan nya dan alhamdulillah, syukur aku kepadaNya sbb dengan izinNya aku dpt bertemu dengan anakku agik..dapatlah kmk duak 'meragging' lepaskan geram antara satu sama lain..alhamdulillah dpt juak aku beli pakaian raya nya dan apa dimaoknya..alhmdulillah..

hihihi...molah muka jaik

zul, aku & muiz d McD, Jaya Jusco Ulu Kinta, Perak

Special thanks kt kawan & saudara dekatku d KL tok..Muhammad Zulafrizinizam, sama sekolah masa sekolah menenagh Penrissen no. 2 dolok..walaupun kesihatannya sik brapa mengizinkan, nya sanggup menguatkan diriknya utk neman aku g Bercham, Ipoh, Perak..dari mlm sabtu sampi ke ari minggu pakey train KTM...berjalan tengah2 panas jauh2 g Jusco Ulu kitan & Tesco, bepilih baju ngan muiz...Allah s.w.t. jak dpt bls jasanya kt aku..sekurang2nya anakku kenal siapa kwn ayahnya tok yang ada d KL ya..moga Allah s.w.t. pjgkan umurnya utknya terus beramal, beriknya kesihatan yg baik, keselamatan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.amin



Selamat HAri lahir ke 4 tahun buat anakku Muhammad Syahmi Al Mu'iz bin Shaharaman bin Shari bin Joll Bin Simpol Bin Abdullah..moga Allah s.w.t. panjang kan usia kitak untuk terus beramal ibadat mengabdikan diri kepadaNya yang Maha Agung..sikda tuhan yg selayaknya disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah..Semoga anak ayah diberik kejayaan hidup di dunia dan akhirat, semoga Allah beri kekuatan fizikal dan mental, diberik kesabaran, kebijaksanaan, kefasihan, kefahaman yg mendalam dlm agama islam, moga jadi imam  yg adil, hamba Allah yg bertaqwa..tergolong dlm golongan yang 'sedikit' yakni golongan yg sik lupak bersyukur kepada segala nikmat kurniaan Allah s.w.t...Amin ya rabbal alamin.

SELAMAT HARIJADI MUHAMMAD SYAHMI AL - MUIZ KE 4 TAHUN.. AYAH SAYANG KITAK ... :)

Khamis, 2 Ogos 2012

Tips Mengajar Anak Solat | iluvislam.com discover the beauty of islam

sumber : Tips Mengajar Anak Solat | iluvislam.com discover the beauty of islam

Usaha mengajar anak-anak solat merupakan satu usaha yang berpanjangan dan memerlukan komitmen yang tinggi dari ibu bapa. Ibu bapa perlulah sentiasa bersabar dan terus bersungguh-sungguh sehingga solat menjadi darah daging anak-anak. Usaha ini mestilah dimulakan sejak anak-anak masih kecil bak kata pepatah, lenturlah buluh dari rebungnya.

Anggaplah solat ini satu perkara yang tidak kurang pentingnya berbanding pencapaian-pencapaian lain di dalam hidup anak-anak. Kita mengimpikan anak-anak yang soleh yang bakal mendoakan kita setelah kita meninggal dunia nanti. Jika mereka tidak solat, bilakah masanya mereka akan mendoakan kita.
Di sini dikongsikan tips-tips mengajar anak-anak solat, moga bermanfaat!
Berdoa
Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin, maka untuk mendapat anak yang sentiasa melaksanakan solat , jadikanlah doa-doa sebagai  kebiasaan kita. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."
Bacakan doa ini sentiasa dan biarkan mereka mendengarnya, berdoalah sejak mereka belum lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Moga-moga mereka akan terus istiqamah dengan solat sehinggalah ke akhir hayat mereka.
Membiasakan anak-anak dengan solat
Umur 0-2 tahun
Ketika anak masih kecil, letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita solat sejak kecil
Katakan kepadanya : "Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar"
umur 2-4 tahun
Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : "Sekarang dah masuk waktu maghrib, Jom kita solat!" Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita.
Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya "Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat."Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat

Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : "Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!"
Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
Jangan sesekali berkata kepada anak : "Pergi main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat." Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.
Mengajar anak solat
Umur 5-6 tahun
·         Ajarkan mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak mampu, hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar anak-anak solat. Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu anak-anak belajar solat dengan lebih bersemangat dan gembira.
Praktikal solat yang dibuat di Tadika Nursyifa, sangat membantu anak-anak belajar solat. Yang paling melucukan, anak-anak ini akan berebut untuk menjadi imam, bukti keyakinan mereka untuk menjadi ketua!
·         Sesekali ajaklah mereka ke masjid  atau surau untuk solat berjemaah, namun ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah Allah.
·         Terangkan kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan  solat bagi setiap orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana kefahaman yang betul.
·         Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang solat.
·         Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang bersesuaian.
·         Sediakan carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada setiap waktu.
Contoh carta solat yang boleh dibuat untuk anak-anak, stiker-stiker comel diberikan setiap kali anak-anak berjaya solat.
Kad ucapan tahniah yang pernah saya berikan kepada anak kerana bangun solat subuh di pagi yang dingin.
·         Sekali sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka akan sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk mendidik mereka.
·         Jika mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya, suruhlah mereka solat sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa, yang penting solat.
·         Bagi ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : "Adik dah solat?" selain dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah dan sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam diari kehidupan seorang muslim.
·         Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya khabar, tanyakan juga tentang solat mereka.
Bersama memupuk istiqamah
Umur 7-10 tahun
Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"
Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.

Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.
Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat
Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
Mantapkan solat anak-anak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti rukun-rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci
Solat tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. Sama-sama kita mendidik anak-anak dengan panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak.
Wallauhua 'lam

Selasa, 31 Julai 2012

Bacalah al quran..walaupun sik lancar






Tidak Tahu Membaca Qur'an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit...

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan Dan bisa menitis air Mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam Dan sunyi. Tiba-tiba IA terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, Dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan Dan berdebar.

Terpegun Dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada IA seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki Dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui Dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati Dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut Dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran Dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut Dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh is mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium Dan dipeluknya dengan penuh kecintaan Dan kasih sayang.

Ia akan duduk Dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan IA seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh Dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, IA pernah mendengar rintihan Dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan Ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar Dan sangat mengharukan apabila IA melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan Ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti IA mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa Dan raganya. Marilah Kita menghidupkan alquran di dalam masjid Kita, di dalam rumah Kita, di dalam diri Kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini.

Bayarlah Zakat..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Alhmdulillah, dh masok 11 ari kita berpuasa, tahan lapar dahaga, tahan hawa nafsu dan mengikhlaskan dirik beribadat kepadaNya tiap2 saat dan waktu..Moga amalan2 sepanjang yang kita polah sepanjang bulan puasa tok sik sia2 dan diterimak Allah s.w.t. 

Alhmdulillah, aku dh bayar zakat fitrah aku dan anakku muiz..bayar awal gedong ada rezeki (takut sik sempat nak bayar). Pandey nak nitis air mata ku bila bayar zakat malam tadik ..mybe sebelum tok, aku bayar utk tiga org tapi kali tok aku bayar utk dirik ku & anakku ajak..yalah hidup, sekejap di atas sekejap di bawah..Subhanallah. betapa Allah s.w.t. ya Maha Berkehendak dan Maha Penentu segala..moga zakat yang telah dibayar diterimak Allah s.w.t. 

Zakat fitrah tok penting ..dengan membayar zakat, kita dh laksanakan rukun Islam yang keempat iaitu membayar zakat. Duit zakat ya diwajibkan bagi kita sebab dengan duit ya kita membantu saudara  seagama kita. Duit zakat ya kelak di agih-agihkan kepada 8 Asnaf /golongan yg menerima zakat iaitu:

1) Golongan Fakir 
    - 
Fakir ialah orang yang memerlukan bantuan di mana mereka tidak memperolehi hasil pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan asas mereka sesuai mengikut kebiasaan masyarakat tertentu. Mereka adalah orang yang tidak memiliki harta dan sumber pendapatan yang halal mengikut pendapat jumhur ulama fekah atau orang yang memiliki harta kurang dari kadar nisab syar'ie zakat mengikut pendapat mazhab Hanafi. Kedudukan mereka lebih teruk daripada kedudukan orang-orang miskin dan ada pendapat yang mengatakan sebaliknya. Dari sudut ilmiah, perbezaan ini tidak akan memberi apa-apa kesan kerana kedua-duanya sama ada orang-orang yang fakir dan orang-orang yang miskin sama-sama terdiri dari golongan yang berhak menerima zakat. 

- Orang fakir berhak mendapat zakat sekadar yang cukup untuk memenuhi keperluan asasnya selama setahun kerana zakat dikeluarkan berulang kali pada setiap tahun. Kriteria keperluan asas yang boleh disumbangkan oleh zakat untuk orang-orang fakir adalah sesuai mengikut keperluannya seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain yang perlu mereka dapati sesuai mengikut keadaannya tanpa berlebih-lebihan atau terlalu jimat, perkara ini perlu diambil perhatian oleh orang fakir sendiri dan orang yang mengeluarkan sumbangan. 

- Di antara golongan yang boleh menerima zakat yang termasuk di dalam kategori fakir setelah mereka terbukti mempunyai syarat-syarat memerlukan bantuan dan mereka tidak mempunyai sumber kemasukan atau harta, tidak mempunyai keluarga yang boleh menanggung keperluannya sama ada yang ditetapkan oleh syarak ataupun undang-undang seperti: Anak yatim, anak pungutan, janda, orang tua, orang yang terlalu tua, orang yang sakit, orang yang cacat, orang yang mempunyai pendapatan yang rendah, pelajar, penganggur, tahanan penjara, orang-orang yang kehilangan ahli keluarga dan tawanan.

2) Golongan Miskin 
-  Miskin ialah orang yang memerlukan bantuan di mana mereka tidak memperolehi hasil pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan asas mereka sesuai mengikut kebiasaan masyarakat tertentu. Mereka adalah orang yang memiliki harta atau mempunyai sumber pendapatan yang sesuai untuk menampung sebahagian dari keperluannya tetapi masih lagi tidak mencukupi mengikut pendapat jumhur (majoriti) ulama. Manakala mengikut Mazhab Imam Abu Hanifah pula, orang miskin adalah orang yang tidak memiliki sesuatupun. Mengikut mazhab Imam Hanafi dan Imam Maliki, keadaan mereka adalah lebih teruk dari orang fakir sedangkan mengikut mazhab Imam Syaf'ie dan Imam Hambali adalah sebaliknya (iaitu keadaan mereka lebih baik dari orang fakir). Golongan miskin hendaklah menggunakan hukum yang terdapat di dalam bahagian: "Golongan Fakir" sebagaimana yang telah dijelaskan. 

3) Amil Zakat
-  Amil Zakat ialah semua pihak yang bertugas melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, penjagaan, pencatatan dan pengagehan harta zakat. Mereka dilantik oleh pemerintah di dalam negara Islam atau mereka diberi kebenaran atau dipilih oleh institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau oleh masyarakat Islam untuk membuat pungutan dan pengagehannya serta melakukan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan zakat seperti mengajar masyarakat tentang hukum zakat, menerangkan tentang sifat-sifat pemilik harta yang wajib dikeluarkan zakat dan golongan-golongan yang berhak menerima zakat, memindahkan, menyimpan, menjaga, mengembangkan serta memanfaatkan harta zakat sesuai mengikut ketetapan dan syarat-syarat yang telah dibuat di dalam cadangan pertama Simposium Masalah Zakat Semasa Kali Ke-3 yang dianjurkan oleh Perbadanan Zakat Kuwait. Yayasan-yayasan ini dan jawatankuasa-jawatankuasa pengurusan zakat yang ada pada masa kini juga dianggap sebagai autoriti sedekah (zakat) dalam bentuk semasa sebagaimana yang ditetapkan di dalam syariat Islam. Oleh yang demikian Yayasan-yayasan dan jawatankuasa-jawatankuasa tersebut wajib mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan di dalam bahagian (Amil Zakat).

-  Di antara tugas-tugas yang diamanahkan kepada amil-amil zakat ada yang berbentuk pemberian kuasa (kerana ia berkaitan dengan tugas asas dan kepimpinan). Oleh yang demikian orang yang memegang amanah ini disyaratkan supaya mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama fekah di antaranya ialah: Islam, lelaki, jujur (beramanah) dan mengetahui hukum-hukum zakat di dalam lapangan kerja. Selain dari itu terdapat juga beberapa tugas lain sebagai bantuan yang boleh diserahkan kepada orang-orang yang tidak dapat memenuhi sebahagian dari syarat-syarat yang telah ditetapkan sebagaimana di atas seperti kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan komputer, stor dan pembaikian aset tetap dan sebagainya.

-  Amil-amil zakat berhak mendapatkan imbuhan dari kerja mereka iaitu dari bahagian golongan amil zakat yang diberikan oleh pihak yang melantik mereka dengan kadar tidak lebih dari upah yang sama dengannya walaupun mereka bukan dari kalangan orang-orang fakir dengan mengambil kira bahawa jumlah wang yang dibayar untuk semua amil zakat, persiapan dan pembiayaan pengurusan pejabat tidak lebih dari satu perlapan dari hasil pungutan zakat (12.5 %). Perlu diperhatikan juga, amil zakat tidak boleh dilantik lebih dari keperluan dan sebaik-baiknya gaji kesemua amil zakat yang dilantik atau sebahagian daripada mereka adalah diambil dari perbendaharaan negara supaya wang kemasukan zakat boleh diagehkan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat. d) Golongan amil zakat tidak boleh menerima apa-apa bentuk rasuah, hadiah atau hebah sama ada dalam bentuk barang ataupun wang tunai.

- Mengemaskinikan pusat penyelenggaraan Yayasan-yayasan pembangunan zakat dan pejabatnya dengan kelengkapan-kelengkapan, perabot dan peralatan-peralatan yang diperlukan jika peruntukan untuk kelengkapan tersebut tidak boleh diambil dari sumber-sumber lain seperti perbendaharaan negara, hebah atau sumbangan-sumbangan yang lain. Peruntukan tersebut boleh diambil dari bahagian yang diperuntukkan kepada amil zakat mengikut keperluan dengan syarat kelengkapan tersebut hendaklah mempunyai hubungan secara langsung dengan pungutan dan pengagehannya atau mempunyai hubungan dengan peningkatan jumlah kemasukan zakat.

-  Pihak yang melantik atau memberi kebenaran kepada sesebuah perbadanan zakat untuk beroperasi hendaklah sentiasa memerhati dan mengawasinya untuk mencontohi sunnah Nabi s.a.w di dalam kawalannya terhadap amil-amil zakat. Amil zakat hendaklah seseorang yang jujur (amanah) dan dia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kesemua harta zakat yang ada bersamanya malah dia bertanggungjawab untuk menggantikan segala kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pencerobohan, kecuaian dan kelalaiannya.

-  Amil-amil zakat sepatutnya menghiaskan diri dengan adab-adab Islam secara umum seperti sopan santun, lemah lembut terhadap orang-orang yang mengeluarkan zakat, sentiasa berdoa kepada mereka dan juga kepada golongan-golongan yang berhak menerima zakat, mengajar tentang hukum-hukum zakat dan menjelaskan kepentingannya di dalam masyarakat Islam untuk mencapai perpaduan masyarakat dan mengagehkan zakat secepat mungkin kepada golongan-golongan yang berhak menerima zakat. 

4) Muallaf 
 -  Golongan ini adalah merupakan salah satu dari lapan golongan yang berhak menerima zakat dan ia merupakan salah satu syariat (peraturan hukum) yang masih tetap berlaku sehingga sekarang dan masih belum dinasakhkan (masih belum dihapuskan) mengikut pendapat jumhur ulama fekah (majoriti) sehingga orang-orang muallaf yang kaya juga tidak dihalang dari menerima harta zakat.

Di antara golongan masyarakat yang berhak menerima zakat dari kategori ini adalah sebagaimana berikut:
-Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk memeluk Islam: Secara melembutkan hati orang yang diharapkan supaya memeluk Islam atau supaya orang yang mempunyai pengaruh memeluk Islam demi kepentingan Islam dan umat Islam.
-Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk membantu umat Islam: Secara melembutkan hati orang-orang yang mempunyai bidang kuasa untuk bertindak seperti pemerintah, pemimpin sesebuah negara dan seumpamanya sama ada orang perseorangan atau pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk sama-sama memperbaiki kedudukan golongan bangsa asing, golongan minoriti Islam dan membela kepentingan mereka atau untuk melembutkan hati pemikir-pemikir dan para ilmuan untuk mendapatkan sokongan dan pembelaan mereka dalam permasalahan umat Islam seperti membantu orang-orang bukan Islam yang ditimpa bencana alam jika bantuan dari harta zakat tersebut boleh menarik pandangan mereka terhadap Islam dan umat Islam.
-Orang-orang yang baru memeluk Islam kurang dari tempoh satu tahun dan mereka masih memerlukan bantuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan mereka yang baru walaupun bukan berbentuk pemberian nafkah. Bantuan tersebut sama ada diberikan secara langsung kepada mereka atau diberikan secara menubuhkan Yayasan-yayasan ilmiah dan kemasyarakatan untuk melindungi dan menetapkan hati mereka di dalam Islam serta menyediakan apa sahaja yang boleh meneguhkan mereka seperti mewujudkan suasana yang sesuai dengan kehidupan baru mereka sama ada dari sudut moral ataupun material.

Pengagehan zakat dari bahagian ini hendaklah mengikuti beberapa ketetapan sebagaimana berikut: 
-Penagehan yang dibuat hendaklah memang ternyata membuktikan tujuan dan hala tuju polisi syarak sehingga tercapai matlamat yang diimpi-impikan oleh syariat Islam.
-Pembiayaan yang disalurkan hendaklah sesuai mengikut kadar yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kemudharatan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat dan tidak berlebihan kecuali jika memang diperlukan.
-Perlu diperhatikan bahawa pengagehan di dalam bahagian ini hendaklah dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk mengelakkan dari timbulnya kesan yang tidak boleh diterima oleh syarak atau untuk mengelakkan dari timbulnya tindak balas yang tidak baik dalam diri golongan muallaf (yang dijinakkan hati mereka) dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan terhadap Islam dan umat Islam.

Digalakkan supaya menggunakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan moden supaya projek yang dibuat mempunyai kesan yang lebih efektif dan menjadi pilihan yang lebih bermanfaat serta lebih cepat untuk mencapai tujuan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak hasil dari pengagehan harta zakat ini 

5) Hamba yang ingin Memerdekakan dirinya
Memandangkan kepada golongan ini sekarang ini sudah tidak ada lagi, bahagian zakat mereka dipindahkan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima harta zakat mengikut pendapat jumhur (majoriti) ulama fekah. Manakala sebahagian ulama yang lain pula berpendapat bahawa bahagian ini masih boleh dilaksanakan iaitu kepada tentera-tentera Islam yang menjadi tawanan 

6) Orang yang berhutang
Orang-orang yang berhutang yang termasuk di dalam pengertian golongan ini ialah:
a) Orang-orang yang berhutang untuk kepentingan peribadi yang tidak boleh dielakkan dengan syarat-syarat sebagaimana berikut:
- Hutang tidak dibuat kerana maksiat.
- Mempunyai hutang sekeliling pinggang.
- Orang yang berhutang sudah tidak mampu lagi menjelaskan hutangnya.
- Hutang sudah tiba tempoh pembayarannya atau telah wajib dijelaskan ketika zakat diberikan kepada orang yang berhutang.

b) Orang-orang yang berhutang untuk kepentingan kemasyarakatan seperti berhutang untuk mendamaikan orang-orang yang membuat pertikaian kerana terpaksa menanggung bayaran diat (pampasan kerana melakukan jenayah) atau kerana terpaksa menanggung gantirugi barang-barang yang dirosakkan, untuk mendamaikan di antara orang yang terpaksa menanggung pembayaran dan orang yang menerima bayaran. Orang seperti ini berhak menerima zakat walaupun mereka orang kaya yang mampu menjelaskan hutang masing-masing.

c) Orang-orang yang berhutang untuk kepentingan kemasyarakatan seperti berhutang untuk mendamaikan orang-orang yang membuat pertikaian kerana terpaksa menanggung bayaran diat (pampasan kerana melakukan jenayah) atau kerana terpaksa menanggung gantirugi barang-barang yang dirosakkan, untuk mendamaikan diantara orang yang terpaksa menanggung pembayaran dan orang yang menerima bayaran. Orang seperti ini berhak menerima zakat walaupun mereka orang kaya yang mampu menjelaskan hutang masing-masing.

d) Orang yang berhutang untuk membayar diat (pampasan) kerana membunuh dengan tidak sengaja, apabila keluarganya (aqilah) benar-benar tidak mampu untuk membayar denda tersebut, begitu juga dengan baitulmal. Pembayaran diat tersebut boleh diserahkan secara langsung kepada wali orang yang dibunuh. Manakala bayaran diat bagi pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja tidak boleh dibayar dari harta zakat. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa wang untuk pembayaran diat tidak boleh diambil dari harta zakat dengan mudah (dengan sewenang-wenangnya) lebih-lebih lagi jika terdapat banyak kes pembunuhan tidak sengaja dan terdapat ramai dari kalangan golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat yang sangat memerlukannya.
Oleh yang demikian digalakkan supaya menubuhkan tabung-tabung bantuan sebagai jaminan masyarakat untuk sama-sama meringankan bantuan sebagai jaminan masyarakat untuk sama-sama meringankan beban orang yang terpaksa membayar diat seperti orang yang terpaksa membayar diat disebabkan berlaku kemalangan lalu lintas dan sebagainya, begitu juga dicadangkan supaya membuat tabung-tabung bantuan kekeluargaan dan tabung-tabung bantuan mengikut jawatan untuk mengambil manfaat dari sistem aqilah (kaum keluarga yang terpaksa membayar diat pembunuhan tidak sengaja) sesuai mengikut keperluan semasa. 

7) Fi Sabilillah
-    Apa yang dimaksudkan dengan golongan yang berhak menerima zakat (Fi Sabilillah) adalah orang berjuang di jalan Allah dalam pengertian yang sangat luas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama fekah adalah dengan maksud untuk menjaga agama dan meninggikan kalimah Allah (kalimah tauhid) seperti berperang, berdakwah, berusaha menegakkan hukum Islam, menolak fitnah-fitnah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam dan membendung arus pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian pengertian jihad tidak hanya terbatas kepada kegiatan ketenteraan sahaja.
-   Bahagian zakat untuk golongan ini diagehkan kepada pejuang-pejuang mujahidin, pendakwah yang menjalankan dakwah secara sukarela serta pihak-pihak lain yang menguruskan hal ehwal jihad atau dakwah termasuk kos peralatan perang, kelengkapan dan pelbagai jenis kemudahan untuk menjalankan dakwah termasuk seluruh nafkah (perbelanjaan) yang diperlukan oleh para pejuang dan pendakwah. Pengertian fi sabilillah juga merangkumi perkara-perkara berikut:
a) Membiayai pergerakan tentera penggempur yang bertujuan untuk mengangkat panji Islam dan melawan serangan musuh yang dilancarkan terhadap umat Islam yang berada di setiap pelusuk negara mereka.

b) Membantu pelbagai kegiatan kebaikan yang dilakukan oleh orang perseorangan ataupun kumpulan tertentu yang bertujuan untuk melaksanakan hukum Islam (perundangan Islam) dan menegakkan hukum Allah di seluruh negara umat Islam dan memerangi kesemua perancangan jahat musuh Islam yang berusaha untuk menghapuskan akidah umat Islam serta menyingkirkan syariat Islam dari pemerintahan.

c) Membiayai pusat-pusat dakwah Islam yang dikelolakan oleh tokoh-tokoh Islam yang ikhlas dan benar-benar jujur di dalam negara bukan Islam dengan tujuan untuk menyebarkan Islam melalui pelbagai cara yang betul sesuai mengikut keperluan semasa. Manakala masjid-masjid yang didirikan di negara bukan Islam pula boleh dilaksanakan sebagai pusat untuk melaksanakan dakwah Islam.

d) Membiayai segala usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan kedudukan golongan minoriti Islam yang tinggal di negara yang dikuasai oleh orang bukan Islam dan yang sedang menghadapi perancangan jahat musuh Islam untuk menghapuskan umat Islam yang masih berbaki di negara meraka.

7) Ibnu Sabil
-  Ibnu Sabil iaitu orang asing yang tidak memiliki pembiayaan untuk kembali ke tanah airnya. Golongan ini boleh diberikan zakat dengan syarat-syarat sebagaimana berikut: 
a)  Masih dalam perjalanan musafir di luar kawasan (negeri) tempat tinggalnya. Jika dia masih lagi berada di dalam kawasan (negeri) tempat tinggalnya tetapi dia memerlukan bantuan, dia dianggap sebagai golongan (fakir) atau (miskin). 

b)  Perjalanan musafir tersebut bukan untuk urusan yang bertentangan dengan syarak supaya zakat yang diberikan tidak dijadikan sebagai bantuan untuk melakukan maksiat. 

c) Pada masa tersebut dia tidak memiliki pembiayaan untuk kembali ke negerinya walaupun dia seorang yang kaya di negerinya. Jika dia mempunyai wang tunggakan (hutang yang belum tiba tempoh pembayaran) atau wang (hutang) bersama orang yang tidak diketahui di mana dia berada atau wang (hutang) bersama seseorang yang berada dalam kesempitan kewangan atau wang (hutang) bersama orang yang tidak mengaku berhutang, semuanya itu tidak menghalanginya dari berhak menerima zakat. 


Tok ada nota pasal zakat fitrah yang aku ambik daripada blog. Moga kita semua dimurahkan rezeki  dengan rezeki yang halal lagi berkat. Dibersihkan hati kita daripada sifat tamak dan bakhil. Moga ibadah puasa dan amalan2 kita yang lain di terimak Allah s.w.t. ..amin

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2012

Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan

Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya

Kadar ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri masing-masing
Kadar zakat tahun 1433H / 2012M boleh dilihat pada jadual di bawah :



*Kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan harga beras gred super tempatan 15%, 10% dan 5% hancur (Beras Nasional).

Umat Islam yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60 kilogram bagi tiap seorang.
.
Kadar di Terengganu menurun antara 40 hingga 60 sen disebabkan perubahan kepada pengukuran timbangan satu Gantang Baghdad daripada 2.7 kilogram (kg) kepada 2.6kg biarpun harga beras di pasaran tidak berubah berbanding tahun lalu. 



Sumber : http://jiwang.org/ramadhan-al-mubarak/255726-kadar-bayaran-zakat-fitrah-2012-a.html

anda mungkin berminat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...