Jumaat, 14 Jun 2013

Bulan Syaaban..Kiblat..

Askum kwn..salam Saiyyidul Ayyam
..lamak dh sik update blog..pemalas na'uzubillah akhir2 tok..serba serbi malas..apa nak jadi ngan dirik tok agaknya. Mybe rasa dirik panjang umur kali, hidup serba cukup mkn & pakey sampey lupak semuanya Allah swt yg cukupkan.. Astagfirulah hal adzim..moga dirik tok sedar cepat kenak aku hidup di dunia kinek tok.

ari tok dah masok 5 syaaban dh..x lamak gik nak ngagak bln ramadhan..kejap jak masa brlalu..akhir zaman lah katakan. Ingat bln syaaban, ingatlah Nisfu Syaaban (15 syaaban), peristiwa kiblat umat islam bertukar dr ngarah ke Baitul Muqaddis, Palestin (israel mok tawan) ke arah Kaabah, di Masjidil Haram di Mekah al Mukarramah.  sbb apa bertukar? Allah swt Maha  Mengetahui segala2nya. Bln rejab, syaaban apatah lagik ramadhan tok memang penuh ngan keberkatan..

(1) "..Sejarah mencatatkan bahawa ketika Nabi Muhammad SAW bersama-sama para sahabat tiba di Madinah (622M), Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk berkiblat ke al-Sakhrah (batu cadas) di Baitulmaqdis.

Akibatnya, orang Yahudi, sebahagian besar penduduk Yathrib (Madinah) pada waktu itu, berasa bangga kerana umat Islam berkiblat ke tempat kiblat mereka. Bahkan mereka kadang-kadang mengejek umat Islam dan menganggap bahawa Muhammad SAW mengikuti kiblat mereka.

Nabi Muhammad SAW memohon ke hadrat Allah SWT supaya umat Islam berkiblat ke Kaabah.

Allah berfirman yang bermaksud: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang- ulang menengadah ke langit maka kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. (al-Baqarah: 144).

Orang yang tidak mengetahui arah kiblat boleh berijtihad untuk menentukan arah kiblat. Tanda alam yang dapat dijadikan petunjuk ialah fajar, matahari dan arah mata angin.

Bagaimanapun, jika ada orang boleh dipercayai, maka petunjuknya boleh juga diikuti. Ketika masuk waktu solat semasa berada di atas kenderaan seperti kereta api, orang Islam boleh melakukan solat tanpa menghadap kiblat..
"

Artikel Penuh http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121204/ba_02/Menghadap-kiblat#ixzz2W9b1AvzN © Utusan Melayu (M) Bhd "

(2) "..Penukaran Arah Kiblat

Umat Islam pada awalnya bersolat menghadap Baitulmakdis di Palestin sehingga turunnya wahyu dari Allah SWT pada bulan Syaaban 2 Hijrah mengarahkan umat Nabi Muhammad SAW merubah arah kiblat dari Baitul Makdis di Palestin kepada Masjidil Haram di Makah. Perubahan ini adalah perintah Allah SWT tatkala orang-orang Yahudi dan Nasrani mendakwa Nabi Muhammad SAW meniru kiblat mereka. Allah SWT menjawab dakwaan mereka dalam kalamNya yang bermaksud:

142. “orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini? Katakanlah (Wahai Muhammad): Timur dan barat adalah kepunyaan Allah – (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”

143. “dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).”

144. “Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menadah tangan ke langit, maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (surah al-baqarah: Ayat 142-144)..
"



Puasa dh ganti lom?mun dh alhamdulillah, mun blom ganti cepat2 slagik da masa tok..

( isra' mi'raj :- solat ya hadiah dpd Allah swt kpd kita semua.. 50 waktu sehari semalam dikurangkan kpd 5 waktu sehari semalam..ya pun x mampu gik mok dikerjakan..turun nait baginda Rasulullah s.a.w. sbb nak kurangkan waktu solat ya sbb concern ngan kelemahan kita..sayangnya baginda rasulullah ngan kita..mok check balit dirik kenak malas n rindok gilak ringan2kn pemberian Allah swt tok.. )

Selamat menjaga solat kita, berpuasa ganti dan puasa sunat dan banyakkan amalan kebajikan yg lain. InsyaAllah..

Wassalam.. :)

anda mungkin berminat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...