Rabu, 14 November 2012

Selamat tinggal 1433H Selamat Datang 1434H



Assalammualaikum sahabat semua & para pembaca blog ku..apa dipolah kitak org kinek tok?Ada terpikir sik tentang azam baru bagi tahun 1434hijrah yg bakal menjelang sik lamak gik tok?Mun sik da, samalah kita...sebab kita dh biasa sambut New Year dari Maal Hijrah..jahilnya kita tentang agama kita..sedihnya. So, bermula dari saat tok, kita berhijrahlah. Mun sebelum tok sik tauk or tauk dikit2, biar lepas tok kita tauk lebih banyak gik tentang hakikat sebenar kenak Allah cipta kita semua di dunia tok..dunia tok penjara bagi org yang beriman dan syurga bagi org kafir.

Start lah berazam yang terbait utk tahun hijrah 1434H yang bakal menjelang tok..mulakan dengan "Doa akhir Tahun (lepas Asar sebelum menjelang Maghrib), mohon keberkatan dan keampunan daripada Allah s.w.t. bagi tahun 1433H dan Mohon doa dgn "Doa Awal Tahun ( lepas Maghrib)", permulaan bagi awal tahun yg lebih baik dari sebelumnya..kacaknya Islam, akhir dan mula dgn doa..subhanallah.

                       

Tema Sambutan Maal Hijrah 1434H/2012M tok adalah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Bakal disambut esok di bangunan PICC, Putrajaya, tempat yg kira bersejarah bagi aku.



Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hirah Tahun 1434H/2012M

ULASAN TEMA: “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”
 
1.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.
 
2.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.
 
3.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” bukan pula bermaksud sama rata, tetapi adalah pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.  Ia juga bukanlah  duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan ajaran Islam.
 
4.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”juga  memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.
 
5.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan keberhasilan negara.
 
 
6.         Allah SWT telah menggariskan satu panduan dalam kita menyelesaikan sesuatu perselisihan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau negara sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:
 
 
Maksudnya:Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
 
7.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  adalah mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW yang menjadikan pola kehidupan masyarakat Madinah sebagai contoh terbaik sebagai masyarakat madani. Malah hasil daripada sikap kesederhanaan inilah telah membuka hati ramai penduduk Arab di seluruh Semenanjung Arab memeluk Islam dan membentuk satu ummah.  Kebijaksanaan inilah yang amat diharapkan akan terus wujud dalam rakyat Malaysia yang akan menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi Negara Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.
 
 
 
 
 
 
Masa 
Atur Cara
7.00 pagi    
: Ketibaan Kontinjen-kontinjen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
9.00 pagi  
: Ketibaan dif-dif jemputan 
9.20 pagi
: Ketibaan YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Noorainee binti Haji Abdul Rahman
9.25 pagi
: Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor
9.30 pagi
: Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah
: Lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Bacaan ayat-ayat suci al-Quran
9.45 pagi
: Ucapan alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri  merangkap  Pengerusi Jawatankuasa Induk  Majlis Sambutan    Maal Hijrah  Tahun 1434H/2012M
: Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
: Upacara Pengurniaan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434H/2012M
: Persembahan Khas Maal Hijrah
: Lagu Negaraku
11.30 pagi
: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke Bilik Santapan
: Santapan/Jamuan  ringan
: Seri Paduka Baginda  Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat pulang
: YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah  binti Mansor berlepas pulang
: YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahmanberlepas pulang
: Majlis bersurai




Sumber dari : http://www.islam.gov.my/majlis-perhimpunan-sambutan-maal-hirah-tahun-1434h2012m-0
 Perlunya perubahan dalam hidup..Hijrah sepertimana apa yang baginda Rasulullah s.a.w polah..mun sik, Islam sik berkembang sampey kinek tok..Besarnya pengorbanan Baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda..sik kan dapat dibalas oleh sesiapapun..sebab ya baginda Rasulullah s.a.w. ya contoh ikutan terbait buat kita semua..


ok lah buat takat tok..pastok sambung gik ok..set azam baru hijrah kita ok..mintak maaf sahabat semua mun ada salah tulis..kita sama-sama buatlah/polahlah yang terbait/terbaik buat tahun 1434Hijrah tok supaya lebih bait dari sebelum tok..insyaAllah. wassalam..


Rabu, 7 November 2012

Makna Surah Ad Dhuha




Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang.

[1] Demi waktu dhuha,

[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.

[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?

[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Ahad, 23 September 2012

Isnin, 13 Ogos 2012

Selamat hari lahir anakku..

Bismillah hirrahman nir rahim..
Alhamdulillah, segala puji hanya bagiNya, tuhan yang Satu yang selayknya di semabah..tiada Tuhan selainNya..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga dan para sahabat..
11 Ogos 2012 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1433H, Sabtu genap umur anak ku 4 tahun..cepatnya masa berlalu. makin besar anak ku & makin cerdit mulutnya..rindu naa aku ngan nya dan alhamdulillah, syukur aku kepadaNya sbb dengan izinNya aku dpt bertemu dengan anakku agik..dapatlah kmk duak 'meragging' lepaskan geram antara satu sama lain..alhamdulillah dpt juak aku beli pakaian raya nya dan apa dimaoknya..alhmdulillah..

hihihi...molah muka jaik

zul, aku & muiz d McD, Jaya Jusco Ulu Kinta, Perak

Special thanks kt kawan & saudara dekatku d KL tok..Muhammad Zulafrizinizam, sama sekolah masa sekolah menenagh Penrissen no. 2 dolok..walaupun kesihatannya sik brapa mengizinkan, nya sanggup menguatkan diriknya utk neman aku g Bercham, Ipoh, Perak..dari mlm sabtu sampi ke ari minggu pakey train KTM...berjalan tengah2 panas jauh2 g Jusco Ulu kitan & Tesco, bepilih baju ngan muiz...Allah s.w.t. jak dpt bls jasanya kt aku..sekurang2nya anakku kenal siapa kwn ayahnya tok yang ada d KL ya..moga Allah s.w.t. pjgkan umurnya utknya terus beramal, beriknya kesihatan yg baik, keselamatan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.amin



Selamat HAri lahir ke 4 tahun buat anakku Muhammad Syahmi Al Mu'iz bin Shaharaman bin Shari bin Joll Bin Simpol Bin Abdullah..moga Allah s.w.t. panjang kan usia kitak untuk terus beramal ibadat mengabdikan diri kepadaNya yang Maha Agung..sikda tuhan yg selayaknya disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah..Semoga anak ayah diberik kejayaan hidup di dunia dan akhirat, semoga Allah beri kekuatan fizikal dan mental, diberik kesabaran, kebijaksanaan, kefasihan, kefahaman yg mendalam dlm agama islam, moga jadi imam  yg adil, hamba Allah yg bertaqwa..tergolong dlm golongan yang 'sedikit' yakni golongan yg sik lupak bersyukur kepada segala nikmat kurniaan Allah s.w.t...Amin ya rabbal alamin.

SELAMAT HARIJADI MUHAMMAD SYAHMI AL - MUIZ KE 4 TAHUN.. AYAH SAYANG KITAK ... :)

Khamis, 2 Ogos 2012

Tips Mengajar Anak Solat | iluvislam.com discover the beauty of islam

sumber : Tips Mengajar Anak Solat | iluvislam.com discover the beauty of islam

Usaha mengajar anak-anak solat merupakan satu usaha yang berpanjangan dan memerlukan komitmen yang tinggi dari ibu bapa. Ibu bapa perlulah sentiasa bersabar dan terus bersungguh-sungguh sehingga solat menjadi darah daging anak-anak. Usaha ini mestilah dimulakan sejak anak-anak masih kecil bak kata pepatah, lenturlah buluh dari rebungnya.

Anggaplah solat ini satu perkara yang tidak kurang pentingnya berbanding pencapaian-pencapaian lain di dalam hidup anak-anak. Kita mengimpikan anak-anak yang soleh yang bakal mendoakan kita setelah kita meninggal dunia nanti. Jika mereka tidak solat, bilakah masanya mereka akan mendoakan kita.
Di sini dikongsikan tips-tips mengajar anak-anak solat, moga bermanfaat!
Berdoa
Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin, maka untuk mendapat anak yang sentiasa melaksanakan solat , jadikanlah doa-doa sebagai  kebiasaan kita. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."
Bacakan doa ini sentiasa dan biarkan mereka mendengarnya, berdoalah sejak mereka belum lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Moga-moga mereka akan terus istiqamah dengan solat sehinggalah ke akhir hayat mereka.
Membiasakan anak-anak dengan solat
Umur 0-2 tahun
Ketika anak masih kecil, letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita solat sejak kecil
Katakan kepadanya : "Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar"
umur 2-4 tahun
Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : "Sekarang dah masuk waktu maghrib, Jom kita solat!" Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita.
Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya "Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat."Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat

Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : "Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!"
Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
Jangan sesekali berkata kepada anak : "Pergi main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat." Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.
Mengajar anak solat
Umur 5-6 tahun
·         Ajarkan mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak mampu, hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar anak-anak solat. Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu anak-anak belajar solat dengan lebih bersemangat dan gembira.
Praktikal solat yang dibuat di Tadika Nursyifa, sangat membantu anak-anak belajar solat. Yang paling melucukan, anak-anak ini akan berebut untuk menjadi imam, bukti keyakinan mereka untuk menjadi ketua!
·         Sesekali ajaklah mereka ke masjid  atau surau untuk solat berjemaah, namun ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah Allah.
·         Terangkan kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan  solat bagi setiap orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana kefahaman yang betul.
·         Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang solat.
·         Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang bersesuaian.
·         Sediakan carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada setiap waktu.
Contoh carta solat yang boleh dibuat untuk anak-anak, stiker-stiker comel diberikan setiap kali anak-anak berjaya solat.
Kad ucapan tahniah yang pernah saya berikan kepada anak kerana bangun solat subuh di pagi yang dingin.
·         Sekali sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka akan sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk mendidik mereka.
·         Jika mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya, suruhlah mereka solat sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa, yang penting solat.
·         Bagi ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : "Adik dah solat?" selain dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah dan sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam diari kehidupan seorang muslim.
·         Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya khabar, tanyakan juga tentang solat mereka.
Bersama memupuk istiqamah
Umur 7-10 tahun
Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"
Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.

Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.
Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat
Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
Mantapkan solat anak-anak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti rukun-rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci
Solat tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. Sama-sama kita mendidik anak-anak dengan panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak.
Wallauhua 'lam

Selasa, 31 Julai 2012

Bacalah al quran..walaupun sik lancar






Tidak Tahu Membaca Qur'an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit...

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan Dan bisa menitis air Mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam Dan sunyi. Tiba-tiba IA terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, Dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan Dan berdebar.

Terpegun Dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada IA seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki Dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui Dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati Dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut Dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran Dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut Dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh is mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium Dan dipeluknya dengan penuh kecintaan Dan kasih sayang.

Ia akan duduk Dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan IA seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh Dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, IA pernah mendengar rintihan Dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan Ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar Dan sangat mengharukan apabila IA melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan Ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti IA mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa Dan raganya. Marilah Kita menghidupkan alquran di dalam masjid Kita, di dalam rumah Kita, di dalam diri Kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini.

anda mungkin berminat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...