Selasa, 29 November 2011

Kenali hatimu..carilah penawarnya.

..........بسم الله الرحمن الرحيم......
Maha suci Allah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi mahupun diantara kedua-duanya. terdetik diriku yg lemah ini nak berkongsi mengenai apa yg sahabat aku ungkapkan pagi tadik..HATI. Ditambah gik dengan video yang aku tangga (tonton) hari marek (semalam) di Youtube.com.."4 Jenis hati..from rancangan Fatabbiunni nak slalu di tayang di tv alhijrah.
Mun nak cerita secara terperinci aku siklah pandey gilak..kenak rujuk pada yg pakarlah macam ustaz, professor or doktor. Tapi mun setakat nak kongsi biasa-biasa  pakey pengetahuan dirik insyaAllah boleh (moga ada amalan berterusan untuk bekalan hari esok).. dolok aku minat baca buku-buku hal agama tok n salah satu yg pernah aku baca yg terkesan sampi hari tok ialah "Penyakit Jiwa". Bukunya kecik jak tapi isik nya cukup padat. Aku lupak nama pengarangnya tp yg pastinya orang alim juak. Buku ya menceritakan tetang pentingnya seketul daging di dalam tubuh setiap manusia yg digelar HATI ya. main peranan cukup besar dalam menentukan baik atau buruk seseorang ya bila ia baik atau buruk. Semuanya bergantung pada cara seseorang membawa dirik, ilmunya n sejauhmana ketaqwaannya kepada Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."(Riwayat: Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
i) Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.
ii) Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya' dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.
Berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yg aku dpt dari website JAKIM, jelas menerangkan betapa pentingnya HATI. Sebab kesihatan HATI seseorang (secara rohaninya) mempengaruhi tindakan, prilaku dan sikap seseorang (secara fizikal). So, mun nak jadi seorang yang baik maka hatinya mestilah dalam keadaan yang baik. Hendaklah setiap dirik kita menjaga amanah anggota badan yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada dirinya dengan baik. Bila Hati sihat, maka dirik pun sihat juaklah..terselamat dari segala bahaya, hidup menjadi tenang, bahagia dan mudah.. nak molah amal pun senang.
Hati terbahagi kepada 4 jenis..mari kita nilai kita dari jenis hati apa agaknya?  Moga dengan panduan yang Rasulullah s.a.w. tinggalkan buat kita umat yang paling dicintainya tok sedikit sebanyak dapat kita cari ubat terbaik bagi apa yang merunsingkan kita selama tok..
  1. Hati  Hidup dan Sempurna atau selamat Sejahtera – ialah hati yang tenang diselaputi dengan iman dan dipenuhi dengan cahaya.Yakin dan Ikhlas serta dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT. Mencintai apa sahaja yang Allah Cintai serta Redha kepada Allah SWT.
  2. Hati Mati- ialah hati yang dipenuhi dengan kegelapan dan bersifat ganas, seperti rumah yang ditinggalkan dan didiami oleh syaitan, Dipenuhi dengan  sifat munafiq, kafir dan maksiat. hatinya adalah seperti hati orang kafir.
  3. Hati Sakit- Imannya sentiasa berubah, kadang-kadang menjadi munafiq dan kadang-kadang berminat kepada Islam, Hatinya sentiasa dibelai dengan nafsu, bergelombang dengan fitnah dan tergoda dengan syaitan, ia adalah hati yang terlalu lemah iman.
  4. Hati yang kosong- apa jua diisi ia tidak membawa apa-apa faedah,tidak mengenal kebaikan dan tidak mengenal kejahatan, apa yang menjadi matlamatnya adalah nafsu semata-mata, inilah hati orang munafiq.
Wallahu a'lam..

Sumber rujukan: http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/02/07/4-jenis-hati/
http://www.islam.gov.my/e-hadith/menjaga-hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda mungkin berminat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...