Selasa, 24 Julai 2012

Peluang, peluang dan peluang..tapi adakah diambik peluang2 ya?


Assalamualaikum wtb & slmt pagi semua...

Alhamdulillah, syukurku kpd Allah s.w.t. sbb dpt laksanakan puasa gik ritok..semua tok dengan izin Allah s.w.t., syukurlah sebab masih dipilih Allah s.w.t. untuk tambah iman dan amal..peluang demi peluang .demi peluang Allah s.w.t. berik kat aku untuk perbaiki dirik ku sebelum bertemu denganNya esok..tapi adakah akau dah guna semua peluang2 yg Allah berik ya?

Moga Allah s.w.t. sentiasa beri peluang dekat kita untuk memperbetulkan diri dan kita sik sia-siakan peluang yang diberik tok dengan mencampakkan dirik kepada kehinaan dan kerosakan.

Moga Allah s.w.t. lindungi kita dari tergolong dlm golongan yg rugi iaitu org yg walaupun dah melalui bulan Ramadhan tok tetapi tetap dlm keadaan berdosa (sik kira dosa besar apatah lagik dosa kecik..niggal solat 5 waktu, sik nutup aurat, sik jaga semua anggota badan, sik jaga lidah/mulut, sik jaga hati)..sedangkan rahmat Allah s.w.t. turun mencurah2, keampunanNya terbentang luas, pintu syurgaNya terbuka seluas-luasnya, semua pintu neraka ditutup, semua seksaan kubur dihentikan sementara waktu, syaitan & iblis diikat..tapi masih sik ambil peluang yg ada..untuk memperbaiki apa yang patut diperbaiki..perbaiki dirik, perbaiki hati, tambahkan ilmu dan iman supaya jadi insan yang lebih bagus..

Rebutlah peluang beribadah kepada Allah s.w.t., kumpul amal banyak2, mintak ampun dan bertaubat banyak2, berdoa banyak2, selawat atas baginda Rasulullah s.a.w. banyak2..MOGA KITA SEMUA  SIK RUGI BESAR..moga peluang kali akhir tok yang Allah s.w.t. beri kat kita tok kita guna sebaik mungkin..moga yg mengingat tok sik rugi dan yg membaca sik rugi..semuanya rebut peluang yg ada..

Ada 3 tingkat/tahap org berpuasa yang boleh dikaitkan dengan peluang untuk jadi lebih baik, kita jak yang mampu ubah dirik kita..
3 tingkat/tahap puasa kita adalah seperti berikut:
1)  Tingkat/tahap pertama : Puasa Umum iaitu Menahan perut dan kemaluan dari menyempurnakan syahwat. Yakni puasa yang hanya mencukupi syarat-syarat sah puasa sahaja.

2)  Tingkat/tahap kedua : Puasa Khusus iaitu berpuasa dengan menahan penglihatan, lidah, tangan, kaki, pendengaran, penglihatan dan segala anggota yang lain dari dosa.

3) Tingkat/tahap ketiga : Puasa khusus al-khusus iaitu Puasa hati dari segala kerunsingan yang rendah dan fikiran yang menjauhkan diri dari Allāh taʿālā secara menyeluruh. (Umpamanya tidak berfikir @ terlintas di fikiran tentang apa yang akan di makan ketika berbuka nanti, hati hanya dipenuhi dengan ingatan kepada Allāh sahaja)
Sebahagian adab Puasa Khuṣūṣ:
·         Menjaga mata
·         Menahan lidah dari perkataan yang menyakitkan hati orang lain. Sama ada itu perkataan yang haram atau yang makruh, bahkan juga menjaga lidah dari dari perkataan yang tidak berfaedah.
·         Menjaga segala anggota lain

Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu
menyempurnakan enam perkara iaitu:
·  Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh
syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada
mengingati Allah.
·  Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda,
mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca alQuran.
·  Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan
yang haram dituturkan, haram juga didengar.
Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firmanNya bermaksud: "Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak
memakan yang haram." (al-Maidah:42)
·  Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada
perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka.
Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal,
tetapi berbuka dengan makanan haram.
·  Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan
terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh
dengan makanan halal.
Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya
sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang
terlepas ketika berpuasa.
·  Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah kerana dia
tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau
puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.

Moga kamek dan kitak sentiasa mencari dan mendapat keuntungan di dunia dan akhirat..amin

Tiada tuhan selain Allah s.w.t. , Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah s.w.t.


sumber:http://alhilmiah.blogspot.com/2011/07/tahap-tahap-puasa.html
            http://www.sel.icu.gov.my/hal%20lain/tiga%20tahap%20puasa.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda mungkin berminat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...