2) Golongan Miskin
- Miskin ialah orang yang memerlukan bantuan di mana mereka tidak memperolehi hasil pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan asas mereka sesuai mengikut kebiasaan masyarakat tertentu. Mereka adalah orang yang memiliki harta atau mempunyai sumber pendapatan yang sesuai untuk menampung sebahagian dari keperluannya tetapi masih lagi tidak mencukupi mengikut pendapat jumhur (majoriti) ulama. Manakala mengikut Mazhab Imam Abu Hanifah pula, orang miskin adalah orang yang tidak memiliki sesuatupun. Mengikut mazhab Imam Hanafi dan Imam Maliki, keadaan mereka adalah lebih teruk dari orang fakir sedangkan mengikut mazhab Imam Syaf'ie dan Imam Hambali adalah sebaliknya (iaitu keadaan mereka lebih baik dari orang fakir). Golongan miskin hendaklah menggunakan hukum yang terdapat di dalam bahagian: "Golongan Fakir" sebagaimana yang telah dijelaskan.
3) Amil Zakat
- Amil Zakat ialah semua pihak yang bertugas melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, penjagaan, pencatatan dan pengagehan harta zakat. Mereka dilantik oleh pemerintah di dalam negara Islam atau mereka diberi kebenaran atau dipilih oleh institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau oleh masyarakat Islam untuk membuat pungutan dan pengagehannya serta melakukan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan zakat seperti mengajar masyarakat tentang hukum zakat, menerangkan tentang sifat-sifat pemilik harta yang wajib dikeluarkan zakat dan golongan-golongan yang berhak menerima zakat, memindahkan, menyimpan, menjaga, mengembangkan serta memanfaatkan harta zakat sesuai mengikut ketetapan dan syarat-syarat yang telah dibuat di dalam cadangan pertama Simposium Masalah Zakat Semasa Kali Ke-3 yang dianjurkan oleh Perbadanan Zakat Kuwait. Yayasan-yayasan ini dan jawatankuasa-jawatankuasa pengurusan zakat yang ada pada masa kini juga dianggap sebagai autoriti sedekah (zakat) dalam bentuk semasa sebagaimana yang ditetapkan di dalam syariat Islam. Oleh yang demikian Yayasan-yayasan dan jawatankuasa-jawatankuasa tersebut wajib mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan di dalam bahagian (Amil Zakat).
- Di antara tugas-tugas yang diamanahkan kepada amil-amil zakat ada yang berbentuk pemberian kuasa (kerana ia berkaitan dengan tugas asas dan kepimpinan). Oleh yang demikian orang yang memegang amanah ini disyaratkan supaya mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama fekah di antaranya ialah: Islam, lelaki, jujur (beramanah) dan mengetahui hukum-hukum zakat di dalam lapangan kerja. Selain dari itu terdapat juga beberapa tugas lain sebagai bantuan yang boleh diserahkan kepada orang-orang yang tidak dapat memenuhi sebahagian dari syarat-syarat yang telah ditetapkan sebagaimana di atas seperti kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan komputer, stor dan pembaikian aset tetap dan sebagainya.
- Amil-amil zakat berhak mendapatkan imbuhan dari kerja mereka iaitu dari bahagian golongan amil zakat yang diberikan oleh pihak yang melantik mereka dengan kadar tidak lebih dari upah yang sama dengannya walaupun mereka bukan dari kalangan orang-orang fakir dengan mengambil kira bahawa jumlah wang yang dibayar untuk semua amil zakat, persiapan dan pembiayaan pengurusan pejabat tidak lebih dari satu perlapan dari hasil pungutan zakat (12.5 %). Perlu diperhatikan juga, amil zakat tidak boleh dilantik lebih dari keperluan dan sebaik-baiknya gaji kesemua amil zakat yang dilantik atau sebahagian daripada mereka adalah diambil dari perbendaharaan negara supaya wang kemasukan zakat boleh diagehkan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat. d) Golongan amil zakat tidak boleh menerima apa-apa bentuk rasuah, hadiah atau hebah sama ada dalam bentuk barang ataupun wang tunai.
- Mengemaskinikan pusat penyelenggaraan Yayasan-yayasan pembangunan zakat dan pejabatnya dengan kelengkapan-kelengkapan, perabot dan peralatan-peralatan yang diperlukan jika peruntukan untuk kelengkapan tersebut tidak boleh diambil dari sumber-sumber lain seperti perbendaharaan negara, hebah atau sumbangan-sumbangan yang lain. Peruntukan tersebut boleh diambil dari bahagian yang diperuntukkan kepada amil zakat mengikut keperluan dengan syarat kelengkapan tersebut hendaklah mempunyai hubungan secara langsung dengan pungutan dan pengagehannya atau mempunyai hubungan dengan peningkatan jumlah kemasukan zakat.
- Pihak yang melantik atau memberi kebenaran kepada sesebuah perbadanan zakat untuk beroperasi hendaklah sentiasa memerhati dan mengawasinya untuk mencontohi sunnah Nabi s.a.w di dalam kawalannya terhadap amil-amil zakat. Amil zakat hendaklah seseorang yang jujur (amanah) dan dia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kesemua harta zakat yang ada bersamanya malah dia bertanggungjawab untuk menggantikan segala kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pencerobohan, kecuaian dan kelalaiannya.
- Amil-amil zakat sepatutnya menghiaskan diri dengan adab-adab Islam secara umum seperti sopan santun, lemah lembut terhadap orang-orang yang mengeluarkan zakat, sentiasa berdoa kepada mereka dan juga kepada golongan-golongan yang berhak menerima zakat, mengajar tentang hukum-hukum zakat dan menjelaskan kepentingannya di dalam masyarakat Islam untuk mencapai perpaduan masyarakat dan mengagehkan zakat secepat mungkin kepada golongan-golongan yang berhak menerima zakat.
4) Muallaf
- Golongan ini adalah merupakan salah satu dari lapan golongan yang berhak menerima zakat dan ia merupakan salah satu syariat (peraturan hukum) yang masih tetap berlaku sehingga sekarang dan masih belum dinasakhkan (masih belum dihapuskan) mengikut pendapat jumhur ulama fekah (majoriti) sehingga orang-orang muallaf yang kaya juga tidak dihalang dari menerima harta zakat.
Di antara golongan masyarakat yang berhak menerima zakat dari kategori ini adalah sebagaimana berikut:
- | Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk memeluk Islam: Secara melembutkan hati orang yang diharapkan supaya memeluk Islam atau supaya orang yang mempunyai pengaruh memeluk Islam demi kepentingan Islam dan umat Islam. |
- | Orang-orang yang mempunyai keinginan untuk membantu umat Islam: Secara melembutkan hati orang-orang yang mempunyai bidang kuasa untuk bertindak seperti pemerintah, pemimpin sesebuah negara dan seumpamanya sama ada orang perseorangan atau pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk sama-sama memperbaiki kedudukan golongan bangsa asing, golongan minoriti Islam dan membela kepentingan mereka atau untuk melembutkan hati pemikir-pemikir dan para ilmuan untuk mendapatkan sokongan dan pembelaan mereka dalam permasalahan umat Islam seperti membantu orang-orang bukan Islam yang ditimpa bencana alam jika bantuan dari harta zakat tersebut boleh menarik pandangan mereka terhadap Islam dan umat Islam. |
- | Orang-orang yang baru memeluk Islam kurang dari tempoh satu tahun dan mereka masih memerlukan bantuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan mereka yang baru walaupun bukan berbentuk pemberian nafkah. Bantuan tersebut sama ada diberikan secara langsung kepada mereka atau diberikan secara menubuhkan Yayasan-yayasan ilmiah dan kemasyarakatan untuk melindungi dan menetapkan hati mereka di dalam Islam serta menyediakan apa sahaja yang boleh meneguhkan mereka seperti mewujudkan suasana yang sesuai dengan kehidupan baru mereka sama ada dari sudut moral ataupun material. |
Pengagehan zakat dari bahagian ini hendaklah mengikuti beberapa ketetapan sebagaimana berikut:
- | Penagehan yang dibuat hendaklah memang ternyata membuktikan tujuan dan hala tuju polisi syarak sehingga tercapai matlamat yang diimpi-impikan oleh syariat Islam. |
- | Pembiayaan yang disalurkan hendaklah sesuai mengikut kadar yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kemudharatan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat dan tidak berlebihan kecuali jika memang diperlukan. |
- | Perlu diperhatikan bahawa pengagehan di dalam bahagian ini hendaklah dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk mengelakkan dari timbulnya kesan yang tidak boleh diterima oleh syarak atau untuk mengelakkan dari timbulnya tindak balas yang tidak baik dalam diri golongan muallaf (yang dijinakkan hati mereka) dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan terhadap Islam dan umat Islam. |
Digalakkan supaya menggunakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan moden supaya projek yang dibuat mempunyai kesan yang lebih efektif dan menjadi pilihan yang lebih bermanfaat serta lebih cepat untuk mencapai tujuan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak hasil dari pengagehan harta zakat ini
5) Hamba yang ingin Memerdekakan dirinya
Memandangkan kepada golongan ini sekarang ini sudah tidak ada lagi, bahagian zakat mereka dipindahkan kepada golongan-golongan lain yang berhak menerima harta zakat mengikut pendapat jumhur (majoriti) ulama fekah. Manakala sebahagian ulama yang lain pula berpendapat bahawa bahagian ini masih boleh dilaksanakan iaitu kepada tentera-tentera Islam yang menjadi tawanan
6) Orang yang berhutang
Orang-orang yang berhutang yang termasuk di dalam pengertian golongan ini ialah:
a) Orang-orang yang berhutang untuk kepentingan peribadi yang tidak boleh dielakkan dengan syarat-syarat sebagaimana berikut:
- Hutang tidak dibuat kerana maksiat.
- Mempunyai hutang sekeliling pinggang.
- Orang yang berhutang sudah tidak mampu lagi menjelaskan hutangnya.
- Hutang sudah tiba tempoh pembayarannya atau telah wajib dijelaskan ketika zakat diberikan kepada orang yang berhutang.
b) Orang-orang yang berhutang untuk kepentingan kemasyarakatan seperti berhutang untuk mendamaikan orang-orang yang membuat pertikaian kerana terpaksa menanggung bayaran diat (pampasan kerana melakukan jenayah) atau kerana terpaksa menanggung gantirugi barang-barang yang dirosakkan, untuk mendamaikan di antara orang yang terpaksa menanggung pembayaran dan orang yang menerima bayaran. Orang seperti ini berhak menerima zakat walaupun mereka orang kaya yang mampu menjelaskan hutang masing-masing.
c) Orang-orang yang berhutang untuk kepentingan kemasyarakatan seperti berhutang untuk mendamaikan orang-orang yang membuat pertikaian kerana terpaksa menanggung bayaran diat (pampasan kerana melakukan jenayah) atau kerana terpaksa menanggung gantirugi barang-barang yang dirosakkan, untuk mendamaikan diantara orang yang terpaksa menanggung pembayaran dan orang yang menerima bayaran. Orang seperti ini berhak menerima zakat walaupun mereka orang kaya yang mampu menjelaskan hutang masing-masing.
d) Orang yang berhutang untuk membayar diat (pampasan) kerana membunuh dengan tidak sengaja, apabila keluarganya (aqilah) benar-benar tidak mampu untuk membayar denda tersebut, begitu juga dengan baitulmal. Pembayaran diat tersebut boleh diserahkan secara langsung kepada wali orang yang dibunuh. Manakala bayaran diat bagi pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja tidak boleh dibayar dari harta zakat. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa wang untuk pembayaran diat tidak boleh diambil dari harta zakat dengan mudah (dengan sewenang-wenangnya) lebih-lebih lagi jika terdapat banyak kes pembunuhan tidak sengaja dan terdapat ramai dari kalangan golongan-golongan lain yang berhak menerima zakat yang sangat memerlukannya.
Oleh yang demikian digalakkan supaya menubuhkan tabung-tabung bantuan sebagai jaminan masyarakat untuk sama-sama meringankan bantuan sebagai jaminan masyarakat untuk sama-sama meringankan beban orang yang terpaksa membayar diat seperti orang yang terpaksa membayar diat disebabkan berlaku kemalangan lalu lintas dan sebagainya, begitu juga dicadangkan supaya membuat tabung-tabung bantuan kekeluargaan dan tabung-tabung bantuan mengikut jawatan untuk mengambil manfaat dari sistem aqilah (kaum keluarga yang terpaksa membayar diat pembunuhan tidak sengaja) sesuai mengikut keperluan semasa.
7) Fi Sabilillah
- Apa yang dimaksudkan dengan golongan yang berhak menerima zakat (Fi Sabilillah) adalah orang berjuang di jalan Allah dalam pengertian yang sangat luas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama fekah adalah dengan maksud untuk menjaga agama dan meninggikan kalimah Allah (kalimah tauhid) seperti berperang, berdakwah, berusaha menegakkan hukum Islam, menolak fitnah-fitnah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam dan membendung arus pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian pengertian jihad tidak hanya terbatas kepada kegiatan ketenteraan sahaja.
- Bahagian zakat untuk golongan ini diagehkan kepada pejuang-pejuang mujahidin, pendakwah yang menjalankan dakwah secara sukarela serta pihak-pihak lain yang menguruskan hal ehwal jihad atau dakwah termasuk kos peralatan perang, kelengkapan dan pelbagai jenis kemudahan untuk menjalankan dakwah termasuk seluruh nafkah (perbelanjaan) yang diperlukan oleh para pejuang dan pendakwah. Pengertian fi sabilillah juga merangkumi perkara-perkara berikut:
a) Membiayai pergerakan tentera penggempur yang bertujuan untuk mengangkat panji Islam dan melawan serangan musuh yang dilancarkan terhadap umat Islam yang berada di setiap pelusuk negara mereka.
b) Membantu pelbagai kegiatan kebaikan yang dilakukan oleh orang perseorangan ataupun kumpulan tertentu yang bertujuan untuk melaksanakan hukum Islam (perundangan Islam) dan menegakkan hukum Allah di seluruh negara umat Islam dan memerangi kesemua perancangan jahat musuh Islam yang berusaha untuk menghapuskan akidah umat Islam serta menyingkirkan syariat Islam dari pemerintahan.
c) Membiayai pusat-pusat dakwah Islam yang dikelolakan oleh tokoh-tokoh Islam yang ikhlas dan benar-benar jujur di dalam negara bukan Islam dengan tujuan untuk menyebarkan Islam melalui pelbagai cara yang betul sesuai mengikut keperluan semasa. Manakala masjid-masjid yang didirikan di negara bukan Islam pula boleh dilaksanakan sebagai pusat untuk melaksanakan dakwah Islam.
d) Membiayai segala usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan kedudukan golongan minoriti Islam yang tinggal di negara yang dikuasai oleh orang bukan Islam dan yang sedang menghadapi perancangan jahat musuh Islam untuk menghapuskan umat Islam yang masih berbaki di negara meraka.
7) Ibnu Sabil
- Ibnu Sabil iaitu orang asing yang tidak memiliki pembiayaan untuk kembali ke tanah airnya. Golongan ini boleh diberikan zakat dengan syarat-syarat sebagaimana berikut:
a) Masih dalam perjalanan musafir di luar kawasan (negeri) tempat tinggalnya. Jika dia masih lagi berada di dalam kawasan (negeri) tempat tinggalnya tetapi dia memerlukan bantuan, dia dianggap sebagai golongan (fakir) atau (miskin).
b) Perjalanan musafir tersebut bukan untuk urusan yang bertentangan dengan syarak supaya zakat yang diberikan tidak dijadikan sebagai bantuan untuk melakukan maksiat.
c) Pada masa tersebut dia tidak memiliki pembiayaan untuk kembali ke negerinya walaupun dia seorang yang kaya di negerinya. Jika dia mempunyai wang tunggakan (hutang yang belum tiba tempoh pembayaran) atau wang (hutang) bersama orang yang tidak diketahui di mana dia berada atau wang (hutang) bersama seseorang yang berada dalam kesempitan kewangan atau wang (hutang) bersama orang yang tidak mengaku berhutang, semuanya itu tidak menghalanginya dari berhak menerima zakat.
Tok ada nota pasal zakat fitrah yang aku ambik daripada blog. Moga kita semua dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal lagi berkat. Dibersihkan hati kita daripada sifat tamak dan bakhil. Moga ibadah puasa dan amalan2 kita yang lain di terimak Allah s.w.t. ..amin
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2012
Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan
Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
Kadar ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri masing-masing
Kadar zakat tahun 1433H / 2012M boleh dilihat pada jadual di bawah :
*Kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan harga beras gred super tempatan 15%, 10% dan 5% hancur (Beras Nasional).
Umat Islam yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60 kilogram bagi tiap seorang.
.
Kadar di Terengganu menurun antara 40 hingga 60 sen disebabkan perubahan kepada pengukuran timbangan satu Gantang Baghdad daripada 2.7 kilogram (kg) kepada 2.6kg biarpun harga beras di pasaran tidak berubah berbanding tahun lalu.
Sumber : http://jiwang.org/ramadhan-al-mubarak/255726-kadar-bayaran-zakat-fitrah-2012-a.html