Rabu, 10 Julai 2013

Marhaban Ya Ramadhan :)

Bismillah hir rahman nir rahim
Assalamualaikum pembaca yg kamek hormati dan kamek sayang,

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan. 
Riwayat : Bukhari & Muslim

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt atas segala kurniaannya yang sik terkira banyaknya.
Bulan Ramadhan tiba agik, beruntungnya kita sbb masih bertemu dgn bulan yang mulia tok. di kesempatan tok kamek nak ngucap selamat berpuasa, tambahkan iman dan amalan di dalam bulan yg penuh berkat tok. moga setiap saat yg bakal kita tempuh kita isik dengan amal kebajikan. tundukkan nafsu yang selamak tok beraja..moga dengan tunduknya nafsu kita , maka dapatlah kita merasa manisnya iman dan beramal ibadat kepada Allah swt.



Sahabat2 yang kmk sayang,
Banyakkan baca al quran di dalam bulan mulia tok. Hikmatnya besar apatah lagik ganjaran yang bakal diperoleh selepas kita membacanya. sikda hal mun kita baca sik berapa lancar sbb Allah swt menilai juak usaha kita ya dalam memperbaiki bacaan kita. Banyakkan juak selawat atas nabi kita Nabi Muhammad s.a.w., banyakkan sedekah dan beramal lah semampu kita moga sik terlepas segala peluang yg ada tok macam yang pernah kita lepaskan tahun2 yang sebelum tok.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.

Riwayat: Bukhari & Muslim


Daripada  Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW bersabda : “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.”
Riwayat:
 Bukhari dan Muslim


Selamat berpuasa kepada semua ummat Islam. moga Allah swt ampuni segala salah silap kita yang dolok. amin

wslm.. :)

anda mungkin berminat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...