Selasa, 3 April 2012

Assalamualaikum...Perkongsian Nota Kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid As Syafie Tmn Maluri. (25/03/12)

- Kitab Anak Kunci Syurga -

“IMAN ITU BERTAMBAH DAN BERKURANG IA DGN KURANG TAAT”

1. Dan adalah iman itu bertambah ia dgn sbb bertambah taat dan kurang ia dgn kurang taat..

2. Iman bertambah dgn taat kpd Allah & RasulNYA..

3. Siapa yg ikut peraturan yg Allah tetapkn,dialah yg ikut peraturan agama..

4. Ada org islam yg x ikut agama..

5. Peraturan pertama membaca doa bgn tido..

6. Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku..

7. Hendaklah kamu amal peraturan islam sekuasa yg termampu..

8. Tido itu adalah mati kecil.. Bila Allah bgnkn kita dr tido,patut kita m’baca doa tanda bersyukur kpd Allah.Tanda ucapan trime ksh kpd Allah..

9. Jika Allah b’kehendak,DIA boleh mencabut nyawa kita ketika kita tido.. Biadap kita tidak baca doa bgn tido krn tidak tahu bersyukur kpd Allah..

10. Peraturan Allah disampaikan kpd kita melalui Rasulullah s.a.w..

11. Bila kita ikut peraturan Allah, iman kita akan meningkat tapi bila kita langgar peraturan Allah, iman kita akan menurun..

12. Kita bile bersedekah kedekut padahal Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”. (Riwayat Muslim)..

13. Kita x yakin dgn janji Allah,dgn apa yg Nabi s.a.w smpaikn.Sbb itu kita kedekut..

14. Firman Allah Taala.... Ertinya : “Supaya bertambah mereka itu akan iman serta iman mereka itu..” (Surah Al-Fath: Ayat 4)..

15. Dan tiap2 yg menerima ia akan bertambah menerima ia akan berkurang..

16. Adapun pd mazhab Imam Abu Hanifah,maka iman itu mengaku dgn lidah dan membenarkn dgn hati,maka hanyalah tiada masuk mengerjakan dgn anggota..

17. Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri.. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya..

Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri..

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya. Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan..

Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan..

“Subhanallah…. Subhanallah …. Walahaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim….!” Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung..

Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu.

Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenggal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis itu.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian..

Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk..

“… Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yang rendang dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis dimakan. Yang tinggal cuma batangnya sahaja..

Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam. Lalu, khinzir tadi mati di situ juga.."

Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini, tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting..

Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu mentafsir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf..

Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya :

” Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tafsiran kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tafsiran kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri..

Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi… adalah saya…” jelas Abu Hanifah..

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berangkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah..

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas. ”

Hai Dahri, apalah yang digusarkan.
Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!”
Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah..

” Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku… Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah..

” Wahai Dahri..,balas Abu Hanifah, sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh.. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa..”

Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: ” Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat.. ” ( Al-Mujadalah : 11 )

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu, berlangsung dengan mendebarkan..

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…” Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!” sahut Dahri..

“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Terserentak Dahri seketika..

Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: ” Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!” Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu dimanakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnya kah atau dibawahkah…?”

Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu..

“Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Mu'awiyah Al-Asadlah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!”

Suasana menjadi agak bingar.. Dahri terpaku di kerusi.. Terbungkam lidahnya.. Merah mukanya.. Kesabarannya mula terburai..

Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan. “Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah.. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…”

Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini. “Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya..

Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir”, tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat..

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu…. Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya….?” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya..

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu.. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari kelingking kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya…”

Dahri membelek-belek jarinya.. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. “Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya..

Sekali lagi Dahri tercengang.. Bungkam.. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya..

Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea.. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum.. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak..

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!” Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok..

“Allah itu ada, kata mu..
Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?”

Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang. “Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” Katanya..

Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah..

“Wahai sekelian manusia.
Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar...

Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri.. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai..

Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu..

Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat..

Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar’iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini..

18. Jgn kita berasa kita baik.. Berasalah kita byk dosa kpd Allah.. Jgn kita memandang rendah/hina pd saudara seagama bila kita merasakan amal ibadah kita lebih dr dia..

19. Dan lebih mulia sekalian mereka yg beriman itu, iaitu yg lebih menjauhkn akan laranganNYA dan yg lebih byk mengerjakan taat..

20. Tuntutan agama adalah membuat apa yg disuruh & meninggalkkn apa yg dilarang oleh Allah..

21. Pencinta agama adalah org yg suka melaksanakn perintah Allah..

22. Pencinta nafsu ialah manusia yg suka menurut kehendak nafsunya walaupun perkara tersebut dilarang agama..

23. Kerana firman Allah Taala... Ertinya : “Bahawa yg lebih mulia kamu disisi Allah Taala yg lebih takut kamu akan Allah Taala..” (Surah Al-Hujurat :Ayat 13)

24. Org yg mulia ini adalah org yg faham agamanya.. Tahu hokum agama, faham akan ilmu2 agama.. Blaja agama dgn bersungguh walaupn die seorg yg miskin..

25. Kemuliaan yg sbnr adalah taqwa.. Org yg plg mulia ialah org yg bertaqwa kpd Allah.. Tkt kpd Allah.. Lantang menegakkan agama Allah.Tidak tkt kpd kuasa manusia..

26. Takut itu adalah takut meninggalkan yg wajib dan takut melakukan yg haram..

27. Org yg ada iman bila melakukn dosa akan merasa tkt kpd Allah dan menyesali akan perbuatannya.. Org yg tiada iman tidak kisah walaupun melakukan dosa yg byk..

28. Kita melakukn amal kebaikan biarlah krn Allah & bkn krn benda lain selain Allah..

29. Dan bahawa sekalian yg beriman itu kekasih bg Allah Taala seperti Allah Taala itu kekasih bagi mereka itu, kerana firman Allah Taala..

Ertinya : “Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. . (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa..” (Surah Yunus :Ayat 62-63)

30. Dan kerana firmanNYA..
Ertinya : “Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.. “ (Surah Al-Baqarah :Ayat 257)
_________________________________________

<< Soalan >>

1. Sy bkl jururawat lelaki.. Mcm mane sy nk khidmat jika pesakit sy wanita?
- Ni yg jd masalah skrg.. Jururawat laki rawat pesakit wanita, jururawat wanita rawat pesakit lelaki.. Yg m’jd harus bila tiada pilihan.. Jika ada pilihan hendaklah mematuhi peraturan asl.. Jika pesakit wanita dirawat jururawat laki padahal ade jururawat wanita, kita telah m’langgar hokum syarak..

2. Aritu ustaz ckp tunang mengikut peraturan syarak ialah apabila m’dpt persetujuan dr kedua belah pihak.. Mcm mane jika sy lamar 2 org wanita dan kedua-duanya setuju..Nk kawin mcm mane tu?
- Skrg ni bleh dok kawin 4 sekaligus? bleh.. dok kalo kawin 4 sekaligus bleh, 2 org lg lh bleh.. Susoh apenye.. Mu kawin lh 2 sekaligus..

3. Halalkah gaji pemandu teksi m’bawa wanita yg x tutup aurat & dihantar ke kelab mlm?
- Berdosa pemandu teksi itu m’bawa penumpang yg tidak menutup aurat jika penumpang itu isteri/ank perempuannya.. Jika bkn mahramnya tidak berdosa.. Yg m’jd dosa bile pemandu teksi itu sengaja memilih penumpang yg x tutup aurat.. Hukum m’hantar pelanggan ke kelab mlm x haram krn kita x tau tujuan die..

4. Hukum isteri menceraikn suami..
- Cerai hanya bleh dilakukn oleh suami melainkn suami m’beri kuasa kpd isterinya..

5. Menjatuhkn talak kpd suami..
- Boleh mengadu kt pejabat kadi & meminta fasakh melalui pejabat kadi..

6. Apakah merokok membatalkn wuduk?
- Batal wuduk org yg merokok yg terkentut..

7. Sy solat zohor.. Lps tu sy nk solat asar.. Rupanya semasa solat zohor sy tersalah kiblat..
- Kene solat blk jika arah kiblat salah..

8. Dlm pasar basah, ade gerai yg menjual sayur.. Kt gerai lain ade jual daging khinzir.. Apa hokum darah khinzir kene pd pengguna islam?
- Kene yakin yg darah tersebut adalah darah khinzir.. Jika sahih darah tu darah khinzir, wajib bsuh dgn air tanah 1x dan dibilas dgn air mutlak 7x..Tp kalo x tau darah ape, x wajib basuh sbb blum tentu darah khinzir..

9. Ada seorg hamba Allah bermimpi berjumpa dgn Rasulullah s.a.w tetapi Rasulullah bercakap bahasa melayu.Adakah btl mimpi tersebut?
- Tidak mustahil mimpi tersebut krn syaitan x bleh menyamar sbg Rasulullah tetapi kite kene pastikn sifat2 Nabi s.a.w..

10. Hukum langkah saf utk g dpn dlm majlis ilmu.Ada yg mengatakn x beradab.Apa adab2 dlm majlis ilmu?
- Jika ada kekosongan kita bleh g utk isi kekosongan itu dgn syarat jgn langkah kaki diantara bahu tetapi dgn cara meminta laluan dgn m’hulurkn tgn..

11. Mak ayah kecil hati apabila dinasihat oleh anak.Adakah berdosa?
- Ank tersebut x berdosa jika die menasihati ibu bapanya perkara yg btl..

12. Dtg lwt pd solat hari raya.. Tertinggal 1 rakaat.. Adakah bila kita kene takbir dgn 7x takbir pd rakaat yg tertinggal?
- Kene ganti rakaat yg t’tggl dgn 5 takbir krn die dikira berada pd rakaat ke-2..

13. Hukum seorg wanita muda berurut dgn lelaki tua..
- Haram krn lelaki tersebut ttp bkn mahramnya..

14. Sy seorg jurukamera dan mengambil gmbr perkahwinan dlm keadaan pengantin wanita tidak menutup aurat..
- Boleh mengambil gmbr t’sebut dgn keadaan jurukamera kene tutup matanya.. Tidak berkat pendapatan t’sebut krn tidak menutup aurat & kemungkinan ditonton oleh bkn mahramnya.. Bg pihak pengantin, biarlah apa yg kita bt mengikut syarak..

15. Adakah wajib mengangkat tgn ketika takbiratul ihram..
- Sunat..Yg wajib adalah melafazkn perkataan Allahuakbar..

16. Cara meletak tgn.. Adakah paras dada atau bleh jgk bwh pusat?
- Tidak kisah mane2 pun..

17. Cara melafazkn salam ketika solat..
- Assalamualaikum warahmatullah..

18. Mohon pencerahan ttg rukun qauli..
- Rukun qauli adalah lafaz yg kite keluarkn melamui mulut dan biar kite dgr apa yg kita katakana..

19. Apakah maksud mufarakah?
- bermaksud perpisahan.. Contoh kita solat ikut imam, lps sujud kita skt perut.. Boleh kita mukarafah dgn imam.. Jika dh x tahan bleh kluar terus tanpa abiskn solat tp kene ganti blk lh..

20. Apakah yg dimaksudkn dgn satah?
- Keadaan berhenti seketika ketika solat..Contohnya bacaan solat.kite berhenti sekejap sebelum meneruskn ayat seterusnya..

21. Sy ragu dlm mesin basuh fully auto yg bercampur pakaian najis & yg bersih.. Apakah semua pakaian tersebut bila dibasuh sekali dikira najis krn air mutlak tidak mengalir.Dlm fatwa kebangsaan ada yg mengatakan percampuran pakaian itu tidak menyebabkn najis..
- Pndpt yg muktamat dlm mazhab syafie mengatakan pakaian tersebut adalah pakaian mutannajis.. Qaul dhaif yg mengatakan dimaafkn pd syarak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda mungkin berminat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...