Khamis, 21 Jun 2012

Dengan Nama Allah Yang MAha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagi Allah s.w.t. Pemilik alam semesta. Selawat dan salam keatas semulia2 insan , Baginda Rasululah s.a.w., serta selamat sejahtera ke atas ahli keluarga baginda ,dan para sahabat baginda.

Dalam menempuh kehidupan seharian dunia kinek tok, kita menghadapi bermacam-macam jak dugaan dan rintangan. Ada yang berjaya mendapatkan apa yg di maoknya dan sik kurang yang gagal. sik kesahlah apa juak endingnya tapi yg sepatutnya kita harapkan hanyalah satu iaitu Allah s.w.t . redha dengan apa yg kita polah dan laksanakan. Dekat dengan rahmatNya dan jauh dari kemurkaanNYa. Kita mesti taat dan yakin kepada segala ketentuan Allah s.w.t kepada kita semua. Maka beruntunglah orang-orang yang taat sebab nya dilindungi Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

Kamek ingin kongsikan apa yang kamek dapat dari orang yg lebih arif dari kamek. supaya dengan perkongsian tok dapat kamek dan kitak yg membaca dapat jadikan panduan, menjalankan urusan hidup di dunia dengan lebih bagus agik seterusnya mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. insyaAllah.

Ada 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak berdasarkan kepada satu hadis baginda Rasulullah s.a.w. yang kita rindu dan cinta. Hadis ya bermaksud ~


" Daripada Abu Hurairah daripada Nabi saw, ia bersabda : Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada naunganNya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya iaitu :

1.Pemerintah yang adil.

2. Pemuda pemudi yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.

3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. (solat berjemaah dan di awal waktu)

4.Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.

5. Orang yang dipujuk oleh perempuan/lelaki yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” (menggambarkan kekuatan iman dan ketakwaannya)

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. (menggambarkan keikhlasan hati orang yang bersedekah)

7.Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana takut dan harap kepada-Nya.

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) "



sadaqa rasululah s.a.w. , benar apa yg disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita semua tok, cuba sedaya upaya kita untuk jadi sekurang-kurangnya salah satu daripada 7 golongan tok.  Siapa gik nak nolong kita berubah dan dapatkan kebaikan kecuali kita empun yang menggerakkan dirik kita. Bermula dari dalam dirik kita pasya baruklah orang2 yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t. kepada kita (Anak, Isteri, suami, ahli keluarga). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda mungkin berminat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...