Khamis, 14 Mac 2013

"..maka SELIDIKILAH (untuk menentukan) kebenarannya,.."

Bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah mula membara..Pelbagai isu dan fitnah mula berputar-putar dari mulut kemulut, TV, radio, internet dan suratkhabar. Pesanan dan saranan kami :

Allah telah berfirman : Wahai orang-orang yang beriman!, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka SELIDIKILAH (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab KEJAHILAN kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu MENYESALI apa yang kamu telah lakukan.-Al Hujurat - 6

Pesan Rasulullah SAW dlm satu hadith riwayat Muslim..

كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع
"Cukuplah seseorang itu dikira pembohong apabila dia hanya memperkatakan apa sahaja yang dia dengar"...

Adillah dalam membuat penilaian..Siasatlah setiap maklumat. Dengar dari semua pihak samada PR,BN dan lain2..Jangan hanya bergantung kepada media arus perdana semata-mata (TV, radio dan suratkhabar).

Dari segala maklumat, SARING, AMBIL dan BERPEGANGLAH kepada yang bertepatan dengan Al Quran dan As Sunnah. Fahami dari para ulama. Hanya ulama yang ikhlas yang memahami kedua sumber tersebut. Jangan kerana taksub kepada ideologi, kita membelakangkan Al Quran dan Sunnah. Taksub hanya kepada Islam. Jangan kerana kesenangan dunia yang sedikit dan sekejap, kita menjual akhirat dan Islam kerana mati itu bukan syaratnya sakit dan tua. Nilailah setiap perkara dengan neraca ilmu dan iman..

Pesan Rasulullah lagi..
موت في طاعة الله خير من الحياة في معصية الله
Mati dalam keadaan taat kepada Allah lebih mulia dan baik dari hidup dari melakukan maksiat kepada Allah..

Usrah Imam Muda
6 Mac 2013


sumber : https://www.facebook.com/suaraimammuda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda mungkin berminat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...