Bismilah hir rahman nir rahim...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pencipta alam semesta, pemilik mutlak langit dan bumi dan segala isinya..dh masuk 24 ramadhan 1423hijrah dah. sik terasa cepatnya masa berlalu..sik lamak gik nak raya n aku akan balit ke rumah ku beraya dengan anak tersayang n keluargaku. Marek aku dah call exwife kubertanyak pasal anak laki ku, macam ney keadaannya..tp sebelum ya aku terimak msg sik menyenangkan hatiku sehari suntuk...anak ku demam. Sedih rasa hatiku..dahlah aku jauh di seberang laut tok, nak ngagak nya pun semestinya sukar. aku menaruh keprcayaan sepenuhnya kepada exwifeku untuk jaga anak bujangku ya..rasa hati nak jak ku beli tiket kapal terbang kinek2 nak nangga keadaan anak ku..sedih eh...
Aku bersyukur kepada Allah sebab rami yg dengar keluhan hatiku mendoakan kesihatan anakku...aminn. Allah swt pasti membalas setiap amar makruf yang kita lakukan..
Muhammad Syahmi Al-Muiz, anak pertamaku hasil perkongsian hidup dengan exwifeku..anak adalah amanah yang Allah beri kepada aku dan exwife ku yang mesti dijaga dengan baik. Rupa-rupanya..bukan mudah nak jadi seorang bapak n bukan mudah nak jadi seorang ibu..moga Allah beri kekuatan, kenolehan dan kemampuan kepada aku dan exwifeku dalam membimbing n menjaga anakku supaya jd insan yang bertakwa dan berguna buat agamanya, bangsanya n negaranya...
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
Rabu, 24 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan