Khamis, 11 Ogos 2011

Selamat harijadi aku ke 3 tahun.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt Pencipta alam semesta..Selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

11 Ogos 2011 Khamis bersamaan dgn 12 Ramadhan 1432H genaplah umur anak bujang aku 3 tahun. Dah makin besar dahnya..membesar dengan kuat n sihat.. syukur alhamdulillah. Muiz adalah anugerah n amanah yang paling berharga dari Allah swt kepada aku n family aku..Ayah doakan agar anak ayah dipanjangkan umur untuk beramal soleh menghambakan diri hanya kepada Allah swt, berjuang dijalan agama Allah swt, jadi hamba yang soleh, anak yang soleh, taat n hormat pada ibu bapa, jadi anak yang bijak, hebat & berkebolehan (yang baik2 ajak), dimurahkan rezeki (halal lagi berkat)..semoga anak ayah berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat..aminn

Buat peringatan anak ayah, dirik ayah & sahabat2 sekalian, kita semua diciptakan Allah di dunia tok bersebab & ada hikmahnya. Jelas dinyatakan dalam firman Allah dalam surah az-Zariyat ayat 5 yang bermaksud :



"Wahai sekelian manusia! Jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari qiamat sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani dan mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak kemudian sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada orang yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak dapat mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui."

Dan kita mesti ingat bahawa tiap yang hidup pasti akan mati..jadi dalam tempoh kita hidup tok hendaklah kita tambah amalan kita n kurangkan molah dosa...insya Allah..

"Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali."
- Surah an-Najm: ayat 42-44.

Wslm..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda mungkin berminat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...