Ahad, 25 September 2011

25 Nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya...

  • Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  • orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
  • Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  • Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  • Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

  • Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  • Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
  • Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
  • Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  • Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
  • Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  • janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
  • Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  • Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  • Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  • Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
  • selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
  • Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
  • Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
  • Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  • Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
    kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  • Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
  • Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
  • Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
  • Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Rabu, 14 September 2011

Cuti Sudah Habis Bro..

Alhmdulillah, aku dpt beraya d kampung bersama2 org yang aku sayang, tp cuti kali tok sik lamak kedak sebelum tok sebab aku nak simpan cuti k kelak2. ney tauk ada guna pada masa akan dtg nak...balit KL hr isnin pakey Firefly.smpi dlm kul 12.30 pagi kedak ya..kira nak makey Transit KLIA ke Putrajaya tp xda gik..tempa palak ku,terpaksa minta tolong cousin exwifeku d Puchong..Terima kasih byk2 kat nya..

Pagi ya aku turun kerja mcm biasa waima badan ku kepak gila..redah jaklah. memandangkan opis gik baru so kerja gik belum teratur..ehem2 paham2 jaklah, byk ke relax n masa terbaik utk aku qada' tidorku..best

2 minggu tok nang saving abis sebab rami yg molah rumah terbuka..alhmdulillah semangat amalan bersedekah dlm bulan Ramadhan terembak2 ke bulan Syawal..moga amalan2 bulan puasa ya tek kita amal sampai bila2 sampi kita bertemu dengan Nya..aminn..

nyaman2 d masak sidak..ujungminggu tok ada gik cdak nyeruk g rumah terbuka..kenyang gik perutku, munlah anakku ada, dpt juak cdak join sekali..aku ada cadang nak molah tp sik tauk bila..InsyaAllah dlm masa terdekat sebab ada madah nak molah..hihihi :)








Khamis, 8 September 2011

Sambut Aidilfitri 2011 bersama family n saudara mara tercinta..

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin..
Alhamdulillah, dapat juak aku tamatkan puasa ramadhanku, bayar zakat aku n anak ku & dapat balit beraya di kampung halaman bersama2 family tercinta.. walaupun aidilfitri 2011 tok aku sambut dalam suasana berbeza dari sebelumnya..mcm dolok aku raya bertiga tapi kinek tok beraya berduak jak..aku tetap tabah menghadapinya..redha jak dengan apa yg Allah swt berik kt aku..
Aku simpan jauh dlm sudut hati aku segala yang duka n aku cuba pancarkan yang menggembirakan aku demi menyambut Aidilfitri + Merdeka 2011 tok..
Aku balit kpg malam sabtu ya..dr presint 11, putrajaya numpang kawan serumahku yang kebetulan balit P.Pinang petang ya..aku tumpang smpi Stesen Putrajaya..g KLIA nait train Transit KLIA..dgn berbekalkan beg galas n sigek kotak hmpir 18kg (nasib bait x lebih 20kg, mun sik mati aku kenak charge lebih muatan..fuhhh lega rasa)..
smpi KLIA aku lepak lah d Cafe kt sia, temu ngan satu family dr Sandakan, Sabah..maka berloyarlha ngan cdak k menuh masa yg ada..( eratkan silatur rahim sesama muslim)..cdak nya nak g beraya di Australia, lupak ku nama tempat d padahnya..mok makan 1/2 ari juak nak sampai sia..nya mdh anak2 semua sekolah di Australia so tiap2 thn cdak beraya dgn anak2nya..subhanallah. cdaknya nang berduit juak tp nampak sederhana n ramah..masa buka puasa cdak offer aku buah kurma k berbuka...alhmdulillah.
Aku balit kul 8.30mlm n smpi Kuching dlm kul 10 lebih kedak ya..emak duak bapak dh menunggu aku d airport, aku senyum gembira sik terkira. balit singgah minum d kedai mamak bt7 n ambik anak bujang aku d sia..alhmdulillah, anak aku sik lupakkn aku..'ayah' first word kluar dr mulutnya yg tersenyum lebar n trus peluk aku..terubat rinduku ya Allah..
aku mbak anakku bermalam d rumah emak n bapak ku 2 mlm n mlm raya ya ibunya request minta hantar balit ngan nya sebab nak smbut mlm raya n pg raya ngan anak tercinta..aku hantar dgn rela hati. dlm hati Allah swt jak tauk..
Masa pengumuman raya 2011 ya aku d surau, dgn niat nak sembahyang terawih lah konon tp terkejut juak sbb cdak dh umum esoknya raya..hahaha, ingatkan raya lusak tp esok..aku nyangkak lusak raya coz petang ya ujan n mendung mybe anak bulan sik jelas kelihatan.. apapun esoknya raya, so apa lagik takbirlah..tp mlm ya aku sik pat bertakbir sama dgn cdak suro coz ada tugasan ngambik mak wa d Desa Ilmu, Kota Samarahan..
Pagi raya ya aku sambut penuh rasa syukur..takbir tahmid tahlil berkumandang di seluruh Malaysia..alhamdulillah, tamat dh puasa aku bulan tok (moga puasa n ibadat2 kita semua diterima Allah swt)...toklah antara koleksi gambar sepanjang cuti hari Raya 2011 di Kuching baruk2 tok..

































Rabu, 24 Ogos 2011

Anak ku Demam

Bismilah hir rahman nir rahim...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pencipta alam semesta, pemilik mutlak langit dan bumi dan segala isinya..dh masuk 24 ramadhan 1423hijrah dah. sik terasa cepatnya masa berlalu..sik lamak gik nak raya n aku akan balit ke rumah ku beraya dengan anak tersayang n keluargaku. Marek aku dah call exwife kubertanyak pasal anak laki ku, macam ney keadaannya..tp sebelum ya aku terimak msg sik menyenangkan hatiku sehari suntuk...anak ku demam. Sedih rasa hatiku..dahlah aku jauh di seberang laut tok, nak ngagak nya pun semestinya sukar. aku menaruh keprcayaan sepenuhnya kepada exwifeku untuk jaga anak bujangku ya..rasa hati nak jak ku beli tiket kapal terbang kinek2 nak nangga keadaan anak ku..sedih eh...
Aku bersyukur kepada Allah sebab rami yg dengar keluhan hatiku mendoakan kesihatan anakku...aminn. Allah swt pasti membalas setiap amar makruf yang kita lakukan..
Muhammad Syahmi Al-Muiz, anak pertamaku hasil perkongsian hidup dengan exwifeku..anak adalah amanah yang Allah beri kepada aku dan exwife ku yang mesti dijaga dengan baik. Rupa-rupanya..bukan mudah nak jadi seorang bapak n bukan mudah nak jadi seorang ibu..moga Allah beri kekuatan, kenolehan dan kemampuan kepada aku dan exwifeku dalam membimbing n menjaga anakku supaya jd insan yang bertakwa dan berguna buat agamanya, bangsanya n negaranya...

Isnin, 22 Ogos 2011

Office baru di Putrajaya






Gambar diambil oleh mr. Fiq & mr. Herman :)

Bersederhana sambut Aidilfitri

SETIAP lapisan masyarakat Muslim kini sibuk bersiap sedia menyambut Aidilfitri. Ketika inilah psikologi kita tidak lagi tertumpu sangat kepada menahan lapar dan dahaga dek sibuk dengan aneka persediaan berhari raya.
Hari raya ibarat ‘majlis konvokesyen’ buat setiap mukmin yang tamat pengajiannya di ‘ Akademi Ramadan’. Inilah analoginya. Pengajian kita yang berfakultikan ilmu pemantapan jiwa dan keperkasaan rohani berjaya ditamatkan dengan penuh sukses. Segala uji kaji dan ujian sudah selesai dan kita lulus dengan cemerlang sekali. Jadi, pada ‘majlis konvokesyen’ ini kita meraikan kejayaan bersama dengan penuh keriangan. Menyambut Aidilfitri ibarat menerima skrol ijazah yang mengiktiraf kebolehan dan kejayaan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan yang mencabar. Pun demikian, jangan lupa menyambut kehadiran Aidilfitri usah sampai memerangkap diri. Maksudnya membuat persediaan secara melampau dan di luar batas kemampuan diri sehingga terpaksa bergolok bergadai. Seakan-akan sudah berakar umbi masyarakat kita akan berhabis-habisan.

Apa saja teringin untuk digantikan dengan yang baru. Semua beralasan kononnya tidak glamor kalau tiada yang baru. Begitulah budaya negatif yang menghurungi kotak pemikiran konservatif sesetengah kita.

Pengasuhan diri ketika Ramadan yang berteraskan amalan berhemah dan anjuran berjimat-cermat atau bersederhana dalam segala hal terus lucut dalam jiwa. Lantas, hati dan jiwa ghairah secara aktif melampau mengikuti hawa nafsu untuk memperagakan apa saja yang baru. Apakah ini diajar agama kepada kita? Ingatlah bersederhana itu lebih indah dan banyak manfaatnya kepada kita.

Ini tidaklah bermakna tidak langsung mempersiapkan diri dan keluarga untuk berhari raya. Tidak! Kita perlu mengadakan persediaan yang seadanya dan semampunya, tetapi dalam batas yang bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan.

Ingatlah, masih banyak keperluan lain yang mendesak untuk kita penuhi. Kepada yang berkeluarga dan mempunyai anak bersekolah, kenalah berfikir panjang dan banyak kali untuk menghabiskan wang semata-mata memenuhi selera berhari raya. Ini kerana keperluan anak untuk bersekolah dikira lebih penting dalam jangka panjang.


Perancangan dan pembangunan pendidikan untuk anak sepatutnya diletakkan di puncak segala agenda dalam diari setiap keluarga. Inilah modal buat anak menempuh masa depan mereka ke arah yang lebih dinamik .

Mari kita hayati sejenak akan pesanan Allah kepada kita semua iaitu ‘Tuhan mengajar manusia yang suka membazir, berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir hak masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan. Syaitan pula makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya.’ (Maksud Surah al-Isra’ ayat 26-27) Jadi, perhitungkanlah diri sendiri setakat mana keperluan kita ketika menyambut lebaran. Jangan sampai kita tergolong dalam kategori orang membazir dan boros, sekali gus mengiktirafkan kita sebagai ‘sahabat syaitan’.

Ingatlah ketika hampir dengan sinar Aidilfitri, gelodak hawa nafsu akan mendominasi jiwa sehingga kita tertewas mengikut telunjuknya. Kita kalah bertempur dan gugur sebagai insan yang boros. Ingatlah selalu firman Allah ini: ‘Dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.’ (Maksud Surah Al-An’am ayat 141 ). Ibu bapa sebagai peneraju keluarga seharusnya mendidik anak dengan nilai bersederhana. termasuk dalam urusan mempersiapkan kelengkapan untuk berhari raya.

Sebenarnya kita banyak mendedahkan anak dengan unsur pembaziran. Sejak berpuasa lagi kita hidangkan menu berbuka yang sesetengah dalam tahap melampaui batas dan di luar kawalan logik.

Di sinilah anak sudah mula belajar hal pembaziran sebagai suatu perkara yang remeh saja. Maka, membesarlah mereka dengan ‘alam pembaziran’ yang dianggap ‘tak apa’ .

Kita perlu menstrukturkan semula pola pemikiran dengan paradigma yang menjurus kepada amalan bersederhana. Kita juga perlu menyahkan saki-baki budaya ‘biar papa, asal bergaya’ kerana sebagai mukmin keperluan dalam kehidupan semestinya diberi perhatian pada indeks kawalan yang penuh berdisiplin. Hidup dalam piawai bersederhana akan melonjakkan kualiti kehidupan sebagai seorang Muslim yang hebat, sekali gus mematuhi sunnah Rasulullah.

Tambahan pula, ketika kita menyusuri era kenaikan harga barangan yang mendadak tinggi menghambat diri kita semua supaya belajar berjimat dan hidup dalam kadar bersederhana saja.

Penulis seorang guru

Sumber: MyMetro (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BersederhanasambutAidilfitri/Article/index_html)

anda mungkin berminat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...