Bismilah hir rahman nir rahim...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pencipta alam semesta, pemilik mutlak langit dan bumi dan segala isinya..dh masuk 24 ramadhan 1423hijrah dah. sik terasa cepatnya masa berlalu..sik lamak gik nak raya n aku akan balit ke rumah ku beraya dengan anak tersayang n keluargaku. Marek aku dah call exwife kubertanyak pasal anak laki ku, macam ney keadaannya..tp sebelum ya aku terimak msg sik menyenangkan hatiku sehari suntuk...anak ku demam. Sedih rasa hatiku..dahlah aku jauh di seberang laut tok, nak ngagak nya pun semestinya sukar. aku menaruh keprcayaan sepenuhnya kepada exwifeku untuk jaga anak bujangku ya..rasa hati nak jak ku beli tiket kapal terbang kinek2 nak nangga keadaan anak ku..sedih eh...
Aku bersyukur kepada Allah sebab rami yg dengar keluhan hatiku mendoakan kesihatan anakku...aminn. Allah swt pasti membalas setiap amar makruf yang kita lakukan..
Muhammad Syahmi Al-Muiz, anak pertamaku hasil perkongsian hidup dengan exwifeku..anak adalah amanah yang Allah beri kepada aku dan exwife ku yang mesti dijaga dengan baik. Rupa-rupanya..bukan mudah nak jadi seorang bapak n bukan mudah nak jadi seorang ibu..moga Allah beri kekuatan, kenolehan dan kemampuan kepada aku dan exwifeku dalam membimbing n menjaga anakku supaya jd insan yang bertakwa dan berguna buat agamanya, bangsanya n negaranya...
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
Rabu, 24 Ogos 2011
Isnin, 22 Ogos 2011
Bersederhana sambut Aidilfitri
SETIAP lapisan masyarakat Muslim kini sibuk bersiap sedia menyambut Aidilfitri. Ketika inilah psikologi kita tidak lagi tertumpu sangat kepada menahan lapar dan dahaga dek sibuk dengan aneka persediaan berhari raya.
Hari raya ibarat ‘majlis konvokesyen’ buat setiap mukmin yang tamat pengajiannya di ‘ Akademi Ramadan’. Inilah analoginya. Pengajian kita yang berfakultikan ilmu pemantapan jiwa dan keperkasaan rohani berjaya ditamatkan dengan penuh sukses. Segala uji kaji dan ujian sudah selesai dan kita lulus dengan cemerlang sekali. Jadi, pada ‘majlis konvokesyen’ ini kita meraikan kejayaan bersama dengan penuh keriangan. Menyambut Aidilfitri ibarat menerima skrol ijazah yang mengiktiraf kebolehan dan kejayaan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan yang mencabar. Pun demikian, jangan lupa menyambut kehadiran Aidilfitri usah sampai memerangkap diri. Maksudnya membuat persediaan secara melampau dan di luar batas kemampuan diri sehingga terpaksa bergolok bergadai. Seakan-akan sudah berakar umbi masyarakat kita akan berhabis-habisan.
Apa saja teringin untuk digantikan dengan yang baru. Semua beralasan kononnya tidak glamor kalau tiada yang baru. Begitulah budaya negatif yang menghurungi kotak pemikiran konservatif sesetengah kita.
Pengasuhan diri ketika Ramadan yang berteraskan amalan berhemah dan anjuran berjimat-cermat atau bersederhana dalam segala hal terus lucut dalam jiwa. Lantas, hati dan jiwa ghairah secara aktif melampau mengikuti hawa nafsu untuk memperagakan apa saja yang baru. Apakah ini diajar agama kepada kita? Ingatlah bersederhana itu lebih indah dan banyak manfaatnya kepada kita.
Ini tidaklah bermakna tidak langsung mempersiapkan diri dan keluarga untuk berhari raya. Tidak! Kita perlu mengadakan persediaan yang seadanya dan semampunya, tetapi dalam batas yang bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan.
Ingatlah, masih banyak keperluan lain yang mendesak untuk kita penuhi. Kepada yang berkeluarga dan mempunyai anak bersekolah, kenalah berfikir panjang dan banyak kali untuk menghabiskan wang semata-mata memenuhi selera berhari raya. Ini kerana keperluan anak untuk bersekolah dikira lebih penting dalam jangka panjang.
Perancangan dan pembangunan pendidikan untuk anak sepatutnya diletakkan di puncak segala agenda dalam diari setiap keluarga. Inilah modal buat anak menempuh masa depan mereka ke arah yang lebih dinamik .
Mari kita hayati sejenak akan pesanan Allah kepada kita semua iaitu ‘Tuhan mengajar manusia yang suka membazir, berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir hak masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan. Syaitan pula makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya.’ (Maksud Surah al-Isra’ ayat 26-27) Jadi, perhitungkanlah diri sendiri setakat mana keperluan kita ketika menyambut lebaran. Jangan sampai kita tergolong dalam kategori orang membazir dan boros, sekali gus mengiktirafkan kita sebagai ‘sahabat syaitan’.
Ingatlah ketika hampir dengan sinar Aidilfitri, gelodak hawa nafsu akan mendominasi jiwa sehingga kita tertewas mengikut telunjuknya. Kita kalah bertempur dan gugur sebagai insan yang boros. Ingatlah selalu firman Allah ini: ‘Dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.’ (Maksud Surah Al-An’am ayat 141 ). Ibu bapa sebagai peneraju keluarga seharusnya mendidik anak dengan nilai bersederhana. termasuk dalam urusan mempersiapkan kelengkapan untuk berhari raya.
Sebenarnya kita banyak mendedahkan anak dengan unsur pembaziran. Sejak berpuasa lagi kita hidangkan menu berbuka yang sesetengah dalam tahap melampaui batas dan di luar kawalan logik.
Di sinilah anak sudah mula belajar hal pembaziran sebagai suatu perkara yang remeh saja. Maka, membesarlah mereka dengan ‘alam pembaziran’ yang dianggap ‘tak apa’ .
Kita perlu menstrukturkan semula pola pemikiran dengan paradigma yang menjurus kepada amalan bersederhana. Kita juga perlu menyahkan saki-baki budaya ‘biar papa, asal bergaya’ kerana sebagai mukmin keperluan dalam kehidupan semestinya diberi perhatian pada indeks kawalan yang penuh berdisiplin. Hidup dalam piawai bersederhana akan melonjakkan kualiti kehidupan sebagai seorang Muslim yang hebat, sekali gus mematuhi sunnah Rasulullah.
Tambahan pula, ketika kita menyusuri era kenaikan harga barangan yang mendadak tinggi menghambat diri kita semua supaya belajar berjimat dan hidup dalam kadar bersederhana saja.
Penulis seorang guru
Sumber: MyMetro (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BersederhanasambutAidilfitri/Article/index_html)

Hayati hikmah Perang Badar
PEJAM celik, pejam celik, Ramadan masuk penghujung minggu ketiga pada hari ini. Sungguh pantas betul masa berlalu kerana tanpa disedari hanya tinggal lebih kurang seminggu lagi, Ramadan akan berlalu meninggalkan kita.
Dalam kesempatan ruangan kali ini, saya tertarik untuk mengajak pembaca supaya sama-sama merenung peristiwa sewaktu peperangan Badar, antara peristiwa besar yang berlaku pada Ramadan.
Secara ringkasnya, Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua hijrah, di mana tentera pimpinan Rasulullah SAW bersama 313 tentera Islam yang serba kekurangan di segi kelengkapan dan senjata menentang puak kafir Quraisy yang melebihi jumlah mereka.
Puak kafir dicatatkan berjumlah 1,300 orang lengkap dengan senjata, baju besi dan pasukan gempur berkuda mara dengan angkuh ingin menyekat dan seterusnya menghapuskan pengaruh Islam pada masa itu hingga ke akar umbi.
Namun, dengan pertolongan Allah SWT, tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW beroleh kemenangan.
Alhamdulillah. Kerana kemenangan itu juga, pada hari ini kita dapat merasai nikmat iman dan Islam kerana tanpa kemenangan pada hari itu, Islam tidak mungkin berkembang meluas seperti hari ini.
Dalam peperangan itu, Rasulullah SAW tidak putus- putus bermunajat menadah tangan berdoa memohon pertolongan Allah SWT yang bermaksud: “Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini, Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini.” Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, doa nabi diperkenankan dan Allah menghantar bantuan- Nya, sekali gus menghancurkan puak kafir Quraisy dalam peperangan Badar seperti diterangkan dalam surah Al-Imran ayat 123, iaitu: “Dan sesungguhnya Allah menolong kamu di Badar, padahal (ketika itu) kamu adalah golongan lemah. Dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu bersyukur.” Peristiwa Perang Badar bukan hanya sekadar cerita sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat tetapi pelbagai hikmah terkandung di dalamnya untuk dijadikan panduan serta iktibar dalam kehidupan kita hari ini.
Ini kerana umat Islam sejak dulu memang tidak lekang daripada tentangan musuh di sekeliling, khususnya daripada puak kafir dan munafik.
Namun, keadaan pada hari ini lebih menyedihkan kerana wujud ramai golongan orang Islam yang berpura-pura alim tetapi hakikatnya jahil mengenai agama sehingga sanggup menjadikan Islam sebagai platform meraih keuntungan duniawi.
Golongan munafik ini juga wujud ketika Perang Badar, di mana mereka giat mengapi-apikan permusuhan di kalangan orang Islam dan puak kafir. Mereka yang pada mulanya bersungguh-sungguh ingin menyertai Perang Badar bersama Rasulullah akhirnya menarik diri kerana kemunafikan mereka.
Inilah golongan perosak yang sering mengadu domba sehingga menggugat keharmonian hidup dalam masyarakat. Kewujudan dan peranan mereka ibarat api dalam sekam, tidak dapat dilihat secara zahir tetapi sangat berbahaya.
Ramadan kali ini juga saya kira tidak kurang hebatnya, di mana umat Islam di negara kita diuji dengan beberapa peristiwa berkait dengan kesucian agama, amalan dan budaya orang Islam negara kita.
Isu begini seharusnya ditangani secara hikmah berlandaskan garis panduan Islam supaya agama Islam tidak dipandang ‘sebelah mata’ oleh bukan Islam dan orang Islam sendiri.
Di sinilah pengajaran Perang Badar patut dijadikan ‘benchmark’ atau sebagai panduan kepada kita hari ini.
Jika sesuatu perkara itu jelas sebagai perintah atau larangan Allah, ia tidak perlu dipertikaikan lagi.
Dalam Peperangan Badar, wujud satu peristiwa di mana seorang lelaki bernama Hubab bin Mundhir bertanya Rasulullah SAW sama ada lokasi pilihan baginda untuk berkubu di atas bukit Badar adalah wahyu Allah atau sebaliknya.
Apabila mengetahui pemilihan tempat itu bukan daripada wahyu Allah SWT, beliau mencadangkan kubu tentera Islam berpindah ke kawasan berdekatan sumber air.
Begitu juga cadangan Sa’ad bin Muaz yang ingin membangunkan benteng sebagai tempat perlindungan Rasulullah SAW. Kedua-dua cadangan itu diterima dan diguna pakai oleh Rasulullah SAW demi kebaikan bersama.
Mafhum di sini, jika sesuatu perkara itu jelas satu perintah atau larangan daripada Allah, menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakannya tanpa soal.
Sebagai ketua negara dan jeneral perang pada waktu itu, keperibadian Rasulullah SAW sebagai seorang yang boleh menerima pendapat serta pandangan orang bawahannya jelas membuktikan baginda pemimpin yang baik dan sanggup menerima pendapat demi kemaslahatan serta kebaikan umum.
Justeru, yang jelas di sini adalah sesuatu pendapat itu seharusnya diterima atas dasar kebenaran atau hak dan bukan mengangkat pendapat majoriti yang berkepentingan tertentu.
Kuasa bukan kudrat mutlak untuk mengetepikan kebenaran yang nyata. Ini kerana, sikap begini akhirnya bukan hanya membinasakan diri sendiri tetapi juga orang di bawah jagaannya.
Apabila satu musibah menimpa masyarakat dek kerana kepentingan sesetengah pihak, siapa yang untung dan siapa yang rugi? Di bawah terik panas di padang pasir, ditambah dengan keadaan pada waktu itu yang berada dalam Ramadan, kumpulan tentera Islam yang teguh iman mereka terus melangkah ke depan menentang puak Musyrikin.
Bayangkan dalam suasana begitu, nabi tidak sesekali menyuruh pengikutnya yang ikut berperang untuk berbuka puasa.
Logiknya, dalam Ramadan, tentunya badan kita lemah dan tidak bertenaga. Namun, bagaimana pula dalam keadaan begitu tentera Muslim diperintahkan untuk berperang? Ini kerana kehebatan Ramadan yang penuh dengan keberkatan. Ramadan sebenarnya mendidik jiwa dalaman dan luaran kita menjadi lebih kuat.
Ini dapat dilihat melalui keseragaman di segi syarat dan amalan orang Islam sedunia berpuasa dan solat tarawih berjemaah tanpa mengira warna kulit, bangsa, keturunan dan pangkat.
Justeru, Ramadan sepatutnya dapat menyatupadukan umat Islam untuk duduk bermusyawarah menangani sesuatu masalah bersama demi kebenaran, bukan mencari alasan.
Usah kita gentar dan bimbang dengan kuasa serta jumlah yang ramai kerana janji Allah tetap benar seperti firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 249 yang bermaksud: “Betapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang yang sabar.” Demikianlah juga keadaan sewaktu Perang Badar. Pasukan tentera Islam yang kecil mampu mengalahkan pasukan yang lebih besar dengan izin Allah.
Mereka menang bukan kerana kekuatan senjata atau kerana jumlah mereka yang ramai. Mereka berperang kerana perbezaan prinsip agama dan paling nyata, bukan kerana berebut harta benda dunia.
Sesungguhnya kemenangan mereka kerana keikhlasan menegakkan kalimat Allah dan membela agama-Nya.
Jadi, mari kita melihat semula perjuangan kita pada hari ini dan jangan khuatir kerana, walaupun dengan jumlah sedikit sekalipun, seandainya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT, pasti kemenangan tetap milik kita sebagaimana dijanjikan Allah SWT.
Sumber; Artikel MyMetro (http://www.hmetro.com.my/articles/HayatihikmahPerangBadar/Article)

Isnin, 15 Ogos 2011
Ayah masuk ofis baru..semangat mesti baru...
Askum semua...hari tok ayahku dah pindah ke opis barunya d Putrajaya..dekat ngan kuartersnya..sik kedak sebelum tok d Pusat Bandar Damansara..kesiannya, jauh berjalan..risau kamek nya jalan jauh...dah lah kamek duak tinggal berjauhan..sikda hal janjinya balit slalu ngagak kamek di sitok..rindu ngan ayah kerja di KL sorang-sorang..lak ibu mbak kmk g KL after raya tok..slalu lah kmk jumpa ayah..moga Allah dekatkan kmk sekeluarga..aminn...
kita berpuasa terus ari tok untuk hari ke 15..dah 5 ari dh dlm. fasa Pengampunan..seperti dalam satu hadis Rasulullah saw yang menyebut :
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerna masih hidupkan aku & kita semua, dengan erti kata lain masih beri peluang untuk kita beramal dan mohon keampunan atas segala yang kita polah secara sengaja atau sik sengaja, nyata mahupun bertapok..tok lah peluangnya...moga kita semua dapat rebut peluang yang ada tok...banyak kelebihan yang Allah berik kepada kita umat akhir zaman tok..syukur Alhamdulillah..
Keistimewaan yang sik diberik kepada umat sebelumnya..siap ada pintu masuk khas yang dinamakan 'Ar Rayyan'..special bagi orang-orang yang berpuasa jak...seperti sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bermaksud:
"Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: "Mana orang yang berpuasa?" Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup". [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."
[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]
Beruntunglah orang yang berpuasa dengan ikhlas n benar2 mengharapkan keredhaan Allah...
kita berpuasa terus ari tok untuk hari ke 15..dah 5 ari dh dlm. fasa Pengampunan..seperti dalam satu hadis Rasulullah saw yang menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka.Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerna masih hidupkan aku & kita semua, dengan erti kata lain masih beri peluang untuk kita beramal dan mohon keampunan atas segala yang kita polah secara sengaja atau sik sengaja, nyata mahupun bertapok..tok lah peluangnya...moga kita semua dapat rebut peluang yang ada tok...banyak kelebihan yang Allah berik kepada kita umat akhir zaman tok..syukur Alhamdulillah..
Keistimewaan yang sik diberik kepada umat sebelumnya..siap ada pintu masuk khas yang dinamakan 'Ar Rayyan'..special bagi orang-orang yang berpuasa jak...seperti sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bermaksud:
"Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: "Mana orang yang berpuasa?" Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup". [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."
[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]
Beruntunglah orang yang berpuasa dengan ikhlas n benar2 mengharapkan keredhaan Allah...
Khamis, 11 Ogos 2011
Selamat harijadi aku ke 3 tahun.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt Pencipta alam semesta..Selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
11 Ogos 2011 Khamis bersamaan dgn 12 Ramadhan 1432H genaplah umur anak bujang aku 3 tahun. Dah makin besar dahnya..membesar dengan kuat n sihat.. syukur alhamdulillah. Muiz adalah anugerah n amanah yang paling berharga dari Allah swt kepada aku n family aku..Ayah doakan agar anak ayah dipanjangkan umur untuk beramal soleh menghambakan diri hanya kepada Allah swt, berjuang dijalan agama Allah swt, jadi hamba yang soleh, anak yang soleh, taat n hormat pada ibu bapa, jadi anak yang bijak, hebat & berkebolehan (yang baik2 ajak), dimurahkan rezeki (halal lagi berkat)..semoga anak ayah berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat..aminn
Buat peringatan anak ayah, dirik ayah & sahabat2 sekalian, kita semua diciptakan Allah di dunia tok bersebab & ada hikmahnya. Jelas dinyatakan dalam firman Allah dalam surah az-Zariyat ayat 5 yang bermaksud :
"Wahai sekelian manusia! Jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari qiamat sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani dan mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak kemudian sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada orang yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak dapat mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui."
Dan kita mesti ingat bahawa tiap yang hidup pasti akan mati..jadi dalam tempoh kita hidup tok hendaklah kita tambah amalan kita n kurangkan molah dosa...insya Allah..
- Surah an-Najm: ayat 42-44.
Wslm..
Langgan:
Catatan (Atom)